BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Wednesday, April 15, 2015

♥ Terima kasih Allah


 Saat bila kita lihat isteri bermuram kerana tak sihat atau tak larat kerana mengandung ataupun berpenat sepanjang hari di rumah. Kerana Allah kita khidmat isteri dan ahli keluarga kita. Ucapkan betapa cinta dan sayang kita kepadanya. Wahai isteriku betapa abang mencintaimu kerana Allah. Menyayangimu kerana Allah. Tiada yang mencampakkan rasa cinta dan rindu ini selain Allah.
Ia satu kepuasan yang Allah beri bila berpenat dan berpeluh kerana Allah. Sampai rumah kita bantu hantar dan ambil anak sekolah. Mandikan anak-anak dan bantu siapkan anak pergi sekolah.
Kita buangkan sampah di dapur. Gantikan plastik sampah. Cucikan pinggan dan cawan. Sebenarnya kita sedang membersihkan hati kita sendiri. Bantu mopkan lantai rumah. Sapukan rumah. Kemaskan beg sekolah dan mainan anak-anak.
Kita picit dan urutkan isteri kita kerana Allah. Sambil puji kebaikan dan kecantikannya. Betapa mencintainya kerana Allah. Menghargai pengorbanannya kepada kita. Korban melahirkan dan mengandung lagi kerana Allah.
Sekali sekala masak menu yang kita pandai. Masak, hidang, kemas dan suapkan isteri. Makan sedulang berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Makan alas saprah. Duduk di bawah sebaiknya.
Kemudian kemas makanan dan bersihkan anak-anak. Siap-siapkan anak-anak untuk solat. Pakaikan dengan pakaian yang bersih dan wangi untuk solat.
Sebaik kita pulang dari masjid baca Hadis Nabi saw dengan ajak isteri, anak anak dan keluarga. Mula baca hadis Nabi saw dengan kemuliaan. Memakai pakaian sempurna,wangi-wangian, dan senyuman. Baca ditempat tetap dan sebaiknya waktu yang tetap. Baca hadis 3 kali. Baca dengan jelas satu persatu. Gilirkan membaca. Selepas itu cerita sifat sahabat rhum. Kisah Nabi dan sahabat. Buat halkah tajwid. Hafal surah dan gilir-gilir baca. Dengar bacaan semua ahli keluarga. Sediakan anak-anak untuk jadi daie Allah
Tidurkan anak-anak. Baca doa. Cium dan ajar anak doa tidur..baca doa tidur. Ucapkan sayang pada anak-anak.
Setelah buat semua itu solat sunat taubat 2 rakaat dan witir. Minta ampun pada Allah. Ya Allah inilah amanah keluarga yang kau letak dibahuku. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dan kuasa Mu ya Allah. Malam-malam menangis pada Allah. Menangis di depan Allah pada waktu malam saat paling dinantikan seorang hamba yang merindui tuhannya. Setelah menangis di depan Allah, kita akan kuat dalam perjuangan Islam ini dengan kasih sayang dan doa.
Kadang-kadang hidup ini bukan soal apa yang kita belum dapat dari sesiapapun atau apapun yang kita nak. Tapi sebenarnya rahsia hidup ini terlalu indah yakni Allah sayangkan kita dan dia nak kita semua bahagia, gembira, berjaya dunia dan masuk dalam syurga paling tinggi. Kerana itu dia beri Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Islamlah gaya hidup, pemikiran, hati, percakapan, maka pasti kita bahagia dan berjaya. Terima kasih Allah -ebit lew

Sunday, March 1, 2015

♥ Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA

BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Wednesday, February 11, 2015

♥ Allah Care About You: Nouman Ali Khan

Allah says: الرحمان… You know what that means? You cannot be more Merciful than that. That is the nth, the most extreme, unlimited form of Mercy, extreme Mercy beyond imagination. The other thing that comes from the language of this word الرحمان because it’s a المبالغة صيغة (an exaggeration figure of speech) is that is happening right now.

          It’s one thing to say Allah cares… It’s one thing to say Allah is loving… It’s one thing to say Allah protects… but it’s another to say Allah is protecting me, when? Right now! He is caring about me right now. He is concerned with me right now. He is delicate with my situation right now. That is the realization inside الرحمان. It forces me to think and it forces you to think, how is Allah showing me Love right now.

          Immediately, not tomorrow, not later… Everyone of us has problems, everyone of us… maybe you have family problems, maybe you have husband problems, maybe you have wife problems, maybe you have children problems, parent problems, government problems, immigration roblems, economic… you got problems… and we think about problems all the time, and we don’t think about الرحمان all the time. We only think about the problems… we don’t think how many problems Allah saved us from. Somebody gets allergies and they complain about their allergies, but they don’t think the nose is still on my face.

          That’s Allah taking care of you my friend, it could be so much worse. There is so much worse that could happen. When a child is born, how many things can go wrong? For those of us that have healthy children, we complain about the grades of our children… they don’t pay attention in school… they don’t do their homework on time… parents complain and complain and complain. If you say: what do you say about your child? And they will give you a list of complains, you know? He doesn’t go to sleep on time, talk bad, doesn’t finish dinner, watches too much TV, videogames all the time, you know?

This is a long list, but you know what? If you ever talk to parents who lost a child… you know what they say about their child? They never say he never did his homework, he was always late to school, he always ate too little, he always watching TV… they say my child was perfect. He was so perfect, he was the best, and they only remember the good things. Why is that? A day before you complaining, you were yelling at him… because that’s human nature. We don’t appreciate the things that we have until they’re gone. When they’re gone we remember.


Now, right now we’re not thinking Allah. We’re not realizing how much love he is showing us by protecting our children, by taking care of our family, by giving us our parents… yes, your parents get angry at you. It’s okay, it’s a global phenomenon that are teenage boys your father gets mad at you. It’s going to happen; he’s going to yell at you… “my dad, he does not understand me, he doesn’t know what? الحمد لله he’s alive…  الحمد لله you have an opportunity to show (patience) to him and respect to him, so you can earn Jannah with Allah.
Image result for Allah Care About You
If you want to know if you’re humble or not, see how you are to your parents. If you have an attitude with your parents, don’t think about Islam. You’re not ready for what Islam demands for your personality. Allah wants us to be humble, but humble does not mean you make salah like perfect believer but you show attitude to your father and your mother. Come on! That’s not humility you know?

تلك الدار الآخرة نجعلها للذين لا يريدون علوا في الأرض ولا فسادا

‘The last name is built for people…’, Allah says ‘we made the last home’ for people Jannah for people who don’t want to act up in this world. They don’t act like this in this world. They don’t show attitude, we have to learn to be humble to our parents, even if you think they’re unfair. That’s part of appreciating the Mercy  and the Love of Allah عزوجل in our lives.

That is something that one should think about every day. Just stop at الرحمان. Just stop and just think, what does that mean? What is Allah doing for me? You know the fact that for example, it was a dream in my life I wanted to come to Malaysia, I wanted to see the Muslims in Malaysia, الحمد لله I’m so happy. I can’t thank Allah enough for this opportunity, and just if you reflect about this. I’m on the other side of the planet from where I live, you know?



Talking to you folks, سبحان الله, how does this happen? This does not happen except by the Mercy (Rahmah) of Allah. How many things can go wrong on an airplane that’s flying over the oceans? How many things? You see a little bit of turbulence and Taqwa goes up right? The plain goes down, and the Iman goes up. سبحان الله, that’s care, he cares, and he cares about everyone of us like that. Sometimes people get depressed, Allah doesn’t care about me. Why do I have all these problems? You haven’t thought about الرحمان enough. You haven’t thought about that enough. You don’t have to wait for His care to come, it’s already there… It’s already there.

Monday, February 2, 2015

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..