BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Sunday, October 7, 2012

♥ Penghulu Solat Sunat =)


Awal2 pagi terdetik nak tpon mak.. sj tnya khabar n nak tahu tentang cara2 wat jus delima. Tetiba mak angkat call je terus bgtahu petua amalan Asmaul Husna setiap pagi selepas subuh. Sebolehnya baca 10 kali.. Ia boleh menggantikan solat2 sunat yg kita x sempat buat spnjang hari. Almaklumlah dah masuk alam pekerjaan sekarang ni kan. Macam-macam dah x sempat.


Alkisahnya.. Ada sorang ustaz pondok ni menceritakan tentang si hamba Allah yang terlalu sibuk hidupnya dengan pelbagai kerja sehingga xsempat menunaikan solat sunat. Tapi yang wajib xditinggalkan la.. Suatu hari malaikat ‘izrail tlh mncabut nyawanya. Apabila disemak bku amalannya, xada 1 pun solat sunat yang dbuatnya ketika hidup. Tapi dia tetap dapat ganjaran Syurga Allah sebab amalan Asmaul Husna yang berterusan 10 kali setiap subuh =)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang
menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari
.


1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5. Al-Quddus - Maha Suci

6. As-Salam - Maha Penyelamat

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

13. Al-Bari' - Maha Perancang

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

20. Al-^Alim - Maha Mengetahui

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid - Maha Penghina

24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi

25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

27. As-Sami^ - Maha Mendengar

28. Al-Basir - Maha Melihat

29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum

30. Al-^Adl - Maha Adil

31. Al-Latif - Maha Halusi

32. Al-Khabir - Maha Waspada

33. Al-Halim - Maha Penyantun

34. Al-^Azim - Maha Agong

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir - Maha Besar

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

43. Al-Karim - Maha Mulia

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

49. Al-Majid - Maha Mulia

50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq - Maha Benar

53. Al-Wakil - Maha Berserah

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

63. Al-Hayy - Maha Hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

66. Al-Majid - Maha Mulia

67. Al-Wahid - Maha Esa

68. As-Samad - Maha Diminta

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikra! m - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi - Maha Kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur - Maha Penyabar

Thursday, March 29, 2012

♥ Pengalaman Berharga =)


LAGU TEMA

Ingat lagi masa di sekolah menengah dulu.. 1st time berdebat di kem kepimpinan SMKAK bersama teman-teman pengawas sesi 2004/2005. Hehe.. berdebat secara tak langsung. Time tu kami dibahgikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan mewakili pihak tertentu. Tajuknya klu x silap la kan: masalah couple siapa yang bertanggungjawab. Kumpulan 1: ibu bapa, kumpulan 2: kerajaan, kumpulan 3: masyarakat, kumpulan 4 (my group): individu.

Suka sangat tajuk masalah sosial ni.. tapi ketika itu perasaan malu untuk berkata-kata masih menguasai diri ini =( mula-mula biar je orang lain berbalah, nak join takut sebab suara tak kuat 1 n apabila terpaksa meninggikan suara automatik suara jadi berketar-ketar. So, tindakannya diam n terus mendiamkan diri.. tiba2, seseorang daripada group lain mengeluarkan hujah dengan menggunakan  istilah couple islamik. Dengan tidak disengajakan, jiwaku memberontak untuk bangun bersuara jugak.

Maka berdirilah seorang yang kononnya malu tadi ingin melontarkan hujahnya. Percakapan dimulakan. Pada awalnya, suara tidak kedengaran kerana dewan agak luas + suara orang sekeliling yang semangat berbalah. Then, cikgu Azit (guru kaunseling) meredakan keadaan dengan mengeluarkan arahan supaya semua diam & memberi laluan kepadaku untuk mengemukakan hujah. Wah, special rasanya apabila diraikan sebegitu rupa =)


Hee, tapi kan, ketika semua diam, aku rasa macam nak duduk balik je, tak nak cakap apa-apa. Tapi malu la kan, tak kan nak buat gitu pulak.. so, untuk mempertahankan kumpulan sendiri yang teruk dihentam tadi, maka aku membangkang istilah couple islamik tersebut. Aku mengambil point daripada kakak fasi ketika liqo’ perbincangan bersama teman2 makzurah selepas maghrib
 
                  berAni beRkatA bEnaR
 Katanya: dalam Islam tiada istilah couple islamik kerana perbuatan bercouple itu sahaja telah mendorong kepada pelbagai masalah hati. Jadinya, jika dikatakan couple islamik ini lebih terjaga, sejauhmana ia dijamin boleh terjaga? Selagimana ia tidak diikatkan dengan 1 ikatan yang sah di sisi Islam, maka selagi itulah perkara2 kecil yang mendorong kepada kemaksiatan masih berleluasa dicucuk syaitan laknatullah. Na’uzubillah.. Contohnya, jika seekor anak kambing dilahirkan hasil daripada hubungan ibunya dengan anjing jantan, maka hukumnya tetap haram ke atas anak kambing tersebut. Macam tu lah kiasan terhadap istilah couple islamik tadi. Wallahu’alam..

kadang2 banyak cakap pon memudharatkan diri
 Lepas mengemukakan hujah tersebut, maka timbullah perbalahan yang lebih dahsyat tapi sangat menyeronokkan. Aku semakin berani untuk berkata-kata bagi mempertahankan pendapat sendiri. Galakan & sokongan daripada ahli kumpulan turut mendorong aku untuk bangun & terus bangun untuk menindas pihak lawan. Memang best la kenangan ni.. sejak itu, aku sudah tahu betapa pentingnya mencari idea + memberanikan diri dlm setiap aspek jika ingin menjadi seorang pemimpin. Pemimpin perlu ada keperibadian tersendiri yang mampu mempertahankan dirinya serta tidak goyah di mata rakyat yang dipimpinnya.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..