BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Wednesday, February 6, 2013

♥ Kasut oooohh kasut..!


Baru ja semalam terlintas nak beli kasut baru buat spare tetiba kasut ni merajok la pulak aii. Sensetif betul la. Tapi xmacam tuan dia kan?? Haha..

Itulah kepentingan niat sebenarnya. Kalau kita dah betul2 pasang niat, pasti termakbul. Ingat lagi masa tingkatan 6 dulu.. Ustaz Najib namanya. Ustaz ni mengajar ilmu tauhid & mantik. Setiap perkara mesti akan direlatekan dengan Yang Maha Pencipta. Yang bestnya kelas ustaz ni, banyak betul tazkirah yang dikongsi sepanjang kelasnya =) Like !

Ustaz pernah bagitahu bahawa setiap makhluk ni ada roh. Walaupun dorang x bernyawa, tapi tetap perlu dibelai, dijaga rapi macam manusia yang ada perasaan. Contohnya, kalau kita ada laptop kena selalu cuci & usap dia sambil ucap terima kasih sebab dah banyak berkhidmat untuk tuannya.

Macam air or apa2 makanan di hadapan kita pun sama.. Kita kena selalu cakap benda2 yang positif pada makhluk2 ni supaya ia akan sentiasa jadi positif. Sebab tu lah apa2 pun kena dimulakan dengan menyebut kalimah Allah seperti BismillahirRahmanirRahim..

Ustaz ada tunjuk 1 kajian scientist terhadap molekul air putih yang selalu diminum hari2. Ditunjukkan gambar molekul air yang dibaca bismillah sebelum diminum, Masya-Allah putih jernih & bersih air itu seperti air zam2.. Tapi apabila air itu diucapkan kata2 negatif padanya seperti dimaki hamun atau dikatakan “xsedap la air ni”, secara automatik ia bertukar warna menjadi air karat yang kotor macam najis tapi kita x nampak.  So, itulah punca sakit perut kita setiap kali selepas makan =’(
Pengajarannya: berhati2lah terhadap apa yang kita ucapkan setiap hari. Mungkin kita xsedar bahawa kata2 ni akan memberi kesan kepada makhluk2 di sekeliling kita. Ingat, bukan manusia sahaja yang hidup di muka bumi ni… kita ada ramai penghuni alam di sini (@___@)~

Maklumat lanjut tentang kajian molekul air ini boleh dirujuk di sini:
http://mohdamira35.blogspot.com/2012/02/kajian-prof-jepun-mengenai-unsur-air_05.html

Tuesday, February 5, 2013

♥ Kepentingan Keredhaan Mak Ayah dlm Hidup.



Pernah 1 ketika dahulu diri ini dibelengu masalah besar untuk belajar. Mana x nya, pg sekolah je belajar macam biasa tapi apabila habis kelas dah jadi blur macam x tahu apa2 pun. Nak wat nota @ ulangkaji pun x lepas =( hampir setiap hari menangis x tahu punca sebenar apa yang berlaku.


1 hari seorang ustaz masuk mengajar & menceritakan tentang keberkatan.. Habis kelas je terus pergi jumpa ustaz lalu menceritakan apa yang dialami. So, siasat punya siasat akhirnya ustaz suruh tpon mak ayah tanya samada mereka sebenarnya izinkan x anaknya  ini belajar di sini?

Lepas tu baru dapat tahu rupa2nya mak berat hati nak benarkan anaknya ini belajar jauh2. So, lepas minta restu semua barulah boleh belajar dengan tenang.. Alhamdulillah =) tapi yang sedihnya, spanjang 6 bulan di ting 6 rendah, 1 abuk pun x dapat kuasai tentang apa yang dipelajari. Test pun mesti ada yang rasib ;_(


Ya Allah, hebatnya kuasa keberkatan yang Engkau tunjukkan ini.. Tapi masih belum terlambat.. naik ting 6 atas je, terus belajar semula daripada kawan n dah boleh buat nota2 sendiri serta focus dalam kelas. Maka natijahnya: Aku adalah aku yang sekarang ini ;-) Syukru lillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyedarkan diri ini tentang pentingnya keberkatan sepanjang hidup (^_^).

Sekarang ni situasi bekerja jauh dari keluarga pula.. Dah sebulan lebih di sini, hati masih x tenteram & x tahu kenapa. Tapi aku dah boleh mengagak, ini mesti sebab mak abah x bagi datang sini hari tu tapi diri ini degil jugak.. So, balik cuti raya cina ni kena minta restu lagi dengan ayahanda & bonda agar direstui pekerjaan anaknya ini. Kalau x, daripada diri ni gelisah & x bersemangat je nak mengajar di sini lebih baik balik kampung je cari rezeki di sana. Mungkin lagi berkat hidup ini bersama keredhaan Mak Abah tercinta (6___9)~

♥ 10 Wasiat Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday, February 4, 2013

♥ AllahuRabbi.


What can we describe about the statement above? Kadang2 diri terasa lemah & putus asa untuk meneruskan hidup ini.. Sebenarnya perasaan itu timbul apabila kita semakin jauh & lalai dengan urusan duniawi. Astaghfirullahal’azim.. Wake up girl! Jangan biarkan nafsu menguasai diri kerana kita ada Maha Pemilik hati =)

Sunday, February 3, 2013

♥ Ilmu Taranum.


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً 
21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَاناً وَتَسْلِيماً 
22. Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
Dah lama berhajat nak join kelas taranum, akhirnya Allah makbulkan jua hajat hambaNya ini =) Alhamdulillah.. (lepas maghrib 02.02.13). Subhanallah, hebatnya oarang2 yang belajar taranum ni! Penuh keyakinan & kretif bermain alunan suara. Boleh ke aku nak buat ni?? Macam2 perasaan timbul time tu, takut + malu + gementar + unconfident + nak lari balik…………….

Rugi lah datang jauh2 lepas tu xnak bersungguh. Hangat2 tahi ayam je ke?? Monolog diri.. okay2 be yourself, relax, n be cool yea. You can do it! Fighting!!! (@___@)~ So, I’ll try my best.

Dimulakan dengan bismillah & diteruskan dengan pembawakan lagu bayati pada surAh Al-Ahzab ayat 21-22 seperti di atas tadi. Disebabkan x pernah langsung terjebak dalam taranum sebelum ini, jadi tersemput-semputlah nafas cek nak bentukkan lagu bayati ni walaupun ia adalah lagu basic dalam ilmu taranum.  Susah betul nak kawal pernafasan & nak tinggikan suara. Terketar2 jadinya..

Selepas dipraktis beramai2 dengan ustazah Umi Kalthom, tibalah giliran mendengar bacaan seorang demi seorang. Kena guna mike pulak tu.. Ya Allah, bantulah hambaMu yang baru belajar ini. (^___^) sampai je giliran sendiri, nak x nak kenalah beranikan diri walaupun jantung dah berdegup kencang.. memang hancus betul dibuatnya. X tahu lah lagu apa yang dibawa cik Azali malam tadi.. =( pelik semacam je bunyi?? Haha..
Then ustazah pun tolong betulkan. Katanya kena lepas suara kalau nak bertaranum ni. Jangan control malu.. huhu, kena batang hidung sendiri.. Saya x pandai tinggikan suara la ustazah sebab sy ni x pandai nak marah2 orang.. itulah salah satu kelemahan yang aku nampak dalam diri ini.

Tiba2 teringat satu ketika dahulu, aku pernah dikaunselingkan oleh ustaz Hamadallah time latihan debat. Katanya aku ni x pandai mempertahankan hak. Terlalu redha dengan apa yang berlaku sebab tu lah aku x pandai marah orang. Ustaz bagi contoh: 1 hari kamu balik asrama, letih sangat n nak tidur kejap sebelum pergi kelas malam. Tiba2 kamu masuk bilik tengok bantal atas katil xdak. Rupa2nya kawan sebelah katil ambil buat peluk.. So, xpe lah. Tidur xdak bantal pun boleh.. betul x?? jawab si Azali: yup, betu la tu ustaz.

Kamu kena ubah untuk timbulkan perasaan memperjuangkan hak sendiri. Redha itu bagus tapi kena letak pada tempatnya.. Alhamdulillah, dengan teguran membina daripada ustaz itu akhirnya kini aku berjaya merubah diri yang masih banyak kekurangan ini. Berhijrah daripada insan yang tidak ada perasaan satu ketika dahulu kepada seorang insan yang telah berperasaan & tahu meletakkan perasaan ini pada tempat yang betul. i.Allah.. Tapi takut jugak apabila dah mula bermain dengan perasaan ni kan?? Na’uzubillahiMinZaalik.

Lastly, ustazah akhiri dengan lagu baru iaitu nahwan. Balik kena praktis lagi c0z minggu depan dah x blajar lagi bayati.. Latihan kendiri~ x rugi mengaji.. makin banyak belajar baru dapat rasa kejahilan diri ini dalam menguasai ilmu. x akan pernah cukup ilmu Allah walaupun seluas lautan di muka bumi ini.

Saturday, February 2, 2013

♥ Amanah Anggota.


Tanggal 01 haribulan 02 tahun 2013, maka telah berakhirlah temp0h percubaan cik Azali daripada menjauhkan dirinya dengan kanta rabunnya yang telah rosak tapi bel0m dikebumikan lagi itu.. Perc0baan kali ini tidak diluluskan pihak JPJ kerana cik Azali ini tidak mampu menangkap percakapan = perbualan orang dengannya walaupun jarak mereka hanya sejengkal dua =(

Nasib badan la labu.. dah b0leh kawal mata, telinga pulak x dengar. Memang fakta menyatakan bahwa Orang rabun ni, dia secara automatik mempengaruhi pendengaran. Sebabnya: apabila kita x nampak, kita x mampu melihat pergerakan bibir seseorang yang tengah bercakap dengan kita.. Jadinya, itulah kurangnya 2 ni’mat anggota yang Allah bagi kepada manusia tapi sudah tidak pandai menjaganya. Walaup0n rosak salah satu, hakikatnya rosak jugak lah yang lain kesemuanya. AllahuAkbar!

Selepas 6 hari berjuang di medan lapangan tanpa bermata spare, rasa macam best pun ada. hehe.. Best sebab, boleh jaga pandangan =) time x pakai spek ni, bukan nampak sangat pun muka orang.. So, nampak sumenya kembang2 debab macam burger @ donut n ala2 sinchan yang comey itu.. Bahagia rasa dunia ini tanpa melihat orang lain di keliling.. Merasai bahawa dunia ini Ana yang Funya!     
Seriously, memang x mampu nak dengar n dengar lagi.. So, datanglah perasaan kerimasan & ketidakyakinan dalam diri ini.. Macam mana nak yakin?? Orang Tanya kita, boleh wat x heran je? Kecian kat orang tu.. xp0n mesti tertanya orang tu semula: “awak cakap dengan saya ke??” Or “apa awak kata tadi?  Can u repeat?” huhh, penat la macamni.. nak wat keja pun x sonang den. Xboleh jadi nih!

Fikir punya pikir, okay lah.. I’ll surrender in this case. So, I need to become the real Azali who must wear spectacles until………….. I don’t know. Pasrah, Redho, Kental & Tawakkaltu ‘alalLah (^___^)~ PEACE!

# Jagalah harta pinjaman Allah ini sebaik mungkin. Walaupun ia hanya sementara di dunia ini, tapi hakikatnya ia adalah amanah terbesar yang perlu dibicarakan di Akhirat kelak! Na’uzubillahiMinZaalik. Maga dimanfaatkan pinjaman2 ini di jalan yang BENAR.. AMIN Ya Rabbal’alamin.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..