BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Sunday, August 11, 2013

♥ Syawal 2013 =)



 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
لا إلَهَ إلا اللّه واللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر و لِلّه الحمدَ...
 
suka sangat tengok mulut baby macam burung n suka cium idung baby.. hehe =)
Alhamdulillah, selamat sudah dilahirkan baby girl ini di awal Syawal 1434H bersama laungan takbir yang dialunkan menerusi corong radio di dalam wad bersalin, Hospital Mukah, Sarawak =) Tepat jam 11.27 malam, terdengar suara tangisan si anak kecil yang telah mengikat janji dengan Rabnya bersetuju ditaklifkan sebagai seorang khalifah di alam fana yang dijejaki buat pertama kalinya..

Uminya sakit bermula jam 3 pagi ketika ingin bersahur buat kali terakhir di penghujung Ramadhan Al-Mubarak.. Selepas solat subuh katanya akan terus ke hospital untuk bersiap sedia menerima kehadiran insan tercinta.. tapi mengikut pengalaman lepas, baby akan keluar lambat lagi walaupun sudah terasa sakit. So, tunggulah sampai Zoho siap sempat masukkan kuih raya ke dalam balang n merasa setiap jenis kuih yang ada, kek lapis, kerepek dll.. Then lepas asar start kereta keluar bersama suami pergi beli barang mentah untuk juadah nasi daging di pagi raya. Balik tu beerkesempatan mengupas bawang putih bawang merah segala bagai n berbuka puasa jam 6.40 petang, seusai solat Maghrib baru pergi hospital.. Banyak betul agenda sebelum kelahiran.. hehe..

Seperti kebiasaan ibu mengandung hanya dibenarkan keseorangan di wad tahanan bersalin, suami pun x boleh teman.. Maka pulanglah si suami untuk bersama anak2 di rumah sementara si isteri bertarung nyawa seorang diri menahan kesakitan untuk mengeluarkan seketul bayi yang comel itu.. disebabkan tidak tahan menanggung keperitan, kakakku memohon keizinan pihak jururawat untuk membenarkan adiknya ini menemani di sisi. Allah mudahkan urusan & aku bergegas ke hospital membantu kakak sedikit sebanyak yang mampu.. Ya Allah, besarnya pengorbanan si ibu.. patut lah Engkau menjatuhkan hukuman si anak yang berkata “ah” sekalipun kepada ibu bapanya untuk disoal di akhirat kelak. Na’uzubillahiMinZalik.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekalli-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." Al-Israa', ayat 23.

Disebabkan terlalu sakit, terpaksalah nurse menjalankan tugas mereka. Kalau ikutkan pihak nurse, mereka suruh tunggu sampai pukul 12 jugak untuk daftarkan baby sebagai anak Aidilfitri supaya dapat diinterview oleh pihak media keesokan harinya. Ahh.. semua itu duniawi belaka.. huhu, xsanggup la nak tgu ½ jam lagi untuk kemasyhuran itu sedangkan si anak sudah kelemasan dimasuki air ketuban di dalam hidungnya ketika dilahirkan. Hakikatnya mengikut bulan Islam memang dah masuk 1 Syawal pon.. Semuanya telah dicatat sejak Azali.. Kalaulah si ibu mengejar ganjaran duniawi itu jugak, semestinya baby tersebut darurat kelahirannya. AllahuAkbar!

Tunggu punya tunggu setelah 1 jam selepas itu baru dapat bertemu kakakku yang lemah longlai tapi masih mampu tersenyum dek bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang telah diberikan.  So, tido wad lah jawabnya di malam raya ~(: Fobia jugak tengok ibu melahirkan ni.. 2nd experience but this is the 1st time berhadapan dengan reality. Dapat masuk wad teman kakak cuma x dapat tengok di saat melahirkan je. Itu pun dengar jugak nurse dok jerit “ok, tahan, tarik nafas, lepas… tahan lagi.. lepas..” huhu, sod ba ro je lah ai..
Depan hospital.
Raya di wad.

1st experience dengan k.jan (roommate di rumah sewa time blaja dulu..) haha.. yang tu pun pukoi 3 pagi jugak. Lagi best kena time malam PRK lak tu.. si maknya siap dok gunting2 poster calon2 pilihanraya lagi tu. Tup2 dah beradoi adoi dah. Apa lagi nak dikato.. siap2 sume barang, naik kereta start enjen terus je drive ke Hospital Serdang.. Kecian akak time tu. Dah la x boleh teman, sorang2 ja dalam wad tu. Disebabkan keja shift pagi time tu, terpaksa lah tinggal k.jan keseorangan. Klu ikutkan hati, xde mood dah nak pergi keja. Tapi kak suh pi jugak, kalau tungu pun sia2.. tengah keja, tengahari dapat tahu akak dah selamat melahirkan. So, lepas habis keja je terus rempit balik rumah then tukar ambil kereta drift lak ke Serdang.. huh, memang best lah time tu nak terima anak menakan baru di rumah sewa.. Sampaikan hangit habis kain batik n tilam dibakar tungku panas membara untuk orang berpantang.. haha.. gheja sapa tu?? Tepukdadatanyaiman @_____@. Tutup kes..

Suatu ketika dahulu pernah berkorban untuk kawan, so why not la this time berkorban untuk kakak darah daging sendiri pulak kan? Hurmmm, banyak benda boleh blajar daripada mereka. Allah bagi gembira pasti ada duka, Allah bagi derita bersama nikmat dan macam2 yang Allah bagi pasti ada hikmahNya. Hanya Dia Maha pemilik Rahsia Alam. Raya kedua terima masej Hari Raya daripada best friend sekuliah dulu yang telah selamat diijabkabul selepas praktikal tahun lepas. Kiranya time konvo die dah bersuami lah.. Sonok betul dapat datang berkonvo bersama kekasih hati ;-) cewah.. hehe. Katanya: “Selamat Hari raya jugak.. Maaf Zahir Batin Sumenye.. Aku pregnant weh. Doakan aku kuat.. banyak dugaan jadi isteri & bakal ibu ni..” Allah, sayu baca masej tu. 

Memang seronok time nak berwalimatul urus nih. Tahun ni saja bertimbun2 jemputan kawen yang tak dapat dihadiri termasuklah hari ni 7 kenduri menanti di semenanjung sana.. Meriah tengok gambar2 yang diupload dalam fb sume.. Moga berbahagia semua pasangan hingga ke Syurga =) Ada kebahagiaan pasti diiringi sebaliknya cuma KESABARAN sahaja yang menjadi pertahanan diri untuk segalanya. Ujian itu ada di mana2, buat menguji kekentalan iman dalam diri selaku hamba Yang Maha Esa. 
k.long
k.ngah
a.chik
Back to main story, dah dapat baby baru ni maka terpinggirlah 3 orang insan yang sudah lama.. tapi xde la dipinggirkan terus, xtergamak si ibu berbuat demikian pada anak2nya.. Selalunya yang sulung n kedua dah ok boleh terima hakikat umi mereka perlu berikan perhatian sepenuhnya kepada si kecil yang belum mampu berdikari.. Keciannya la ai si anak ketiga yang baru pertama kali menerima orang baru yang bakal menjadi saingannya untuk segalanya.. hoho.. Nak dijadikan cerita, mengamuklah si abang chik ni pukul habis umi, marah sebab bagi susu dia kat adik, selalu pegang adik n x bagi die kacau adik.. bukan xnak bagi dik oi.. masalahnya kamu tu kalau dah dapat pegang adik sampai dilenyek2 adiknya macam tempeyek.. hari pertama lagi dah kena penampaq sebijik si adik ni daripada abang chik dia yang gagah perkasa.. kononnya la kan..
Next day, makteh dia pulak kena tendangan n penampaq kuat sampai pening kepala buat seketika.. adoi.. naseb baik la dia kecik, sakit tu sakit jugak la..tapi dengan budak2 takkan nak cari pasai pulak kot. Tak boleh jadi budak nih.. dah naik syeikh habis 1 rumah dia ngamok..teruk la abi dia menjadi mangsa pujukan tiap2 hari sebab dengan umi dia xmo lagi dah.. Sedih o0oo nak terima kenyataan. =_(
MERDEKA!

Kekenyangan @__@

uhh.. ngeliat =.=

Syukur Alhamdulillah, ada suami yang sangat membantu.. mesti dah boleh fahamkan, dah anak ke 4 kot.. klu xpaham jugak memang lah x patot langsung. Memang letih jadi isteri & ibu tapi nak buat macam mana? Di situlah pahala yang perlu dicari sebagai bekalan di sana nanti.. Klu niatkan sumenya untuk ibadat, pasti ketenangan n kemudahan yang Allah nagi (^___^) don’t worry k!
P/S: cari lelaki yang memudahkan kita untuk beribadah & itu adalah KEPASTIAN! Okay fine.
                                                                                         Hari ke 3..

Wednesday, August 7, 2013

♥ Ramadhan Pergi.. Syawal Mengganti..

الحمد لله على كل حال وأستغفر الله من كل ذنب...
Ramadhan bakal pergi  tidak lama lagi.. Terasa syahdu di sanubari tak tahu dapat bertemu Ramadhan akan datang ataupun tidak.. Allah, lanjutkanlah usia kami untuk bertemu bulan Mulia ini lagi.. Madrasah Ramadhan yang sangat mentarbiah diri ini menjadi hamba. Ya, hamba kepada Yang Maha Esa.. Moga dengan mengakhiri pengajian di univesiti Ramadhan ini memberi peluang kepada diri untuk melanjutkan pengajian di perangkat Master & PHD pada Ramadhan tahun hadapan. AMIN.



Hari ini mengakhiri Ramadhan seiring debaran menyambut kelahiran baby yang belum pasti saat jejak kakinya di muka bumi ini samada di bulan Mubarak @ Eidulfitri.. mungkin lewat petang ini sebelum berbuka puasa @ mungkin juga ketika takbir raya berkumandang selepas maghrib nanti & ada kemungkinan di pagi raya sebelum, ketika @ selepas solat raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa detik lagi. Yang pastinya, semoga Kakakku dipermudahkan urusan melahirkan anaknya yang ke 4. Mujahid @ Mujahidah? Wallahua’lam Bissowab (“,)~ Kalau baby nak bayar zakat, keluarlah awal sikit ye.. nanti abi tolong bayarkan. Hehe..
Tahun ni masing-masing berkorban raya.. pada mulanya masih memperjuangkan kehendak untuk menghadiri walimatul urus teman seperjuangan yang akan mendirikaan masjid raya ke 3 ini bersamaan due date sebenar kelahiran baby baru & majlis kesyukurannya pada raya berikutnya. Setelah berkali-kali memikarkan aulawiyat yang perlu diputuskan, akhirnya aku memilih untuk bersama insan yang mempertarungkan nyawa di saat2 genting..

Akhirnya, bermulalah jejak permusafiran pada malam 3 Ogos ke bumi Kenyalang. Maka senad telah memutuskan untuk beraya di perantauan bersama Kakak tercinta kerana Allah (^___^). Minta maaf teman kerana tidak dapat bersama di hari bahagia. Ku doakan moga berbahagia hingga ke Syurga bersama insan bertuah yang dianugerahkan buatmu untuk berkongsi onak duri serta suka duka kehidupan sehingga akhir hayat.

Friday, July 12, 2013

♥ Ma3assalamah wa illalliqa'.

Ahlan waSahlan waMarhaban Bikum =)
Alhamdulillah, berakhir sudah pengajian selama 120 hari di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), bumi barakah Almarhum Ustaz Fadzil Noor.. Al-Fatihah.. Amin.
Bermula 11 Mac – 7 Julai 2013, Kursus Bahasa Arab Timur Tengah telah berjalan dengan jayanya hasil bimbingan Asatiz wa Asatizat Ahibbak =) Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar (us.Ghani, us.Zakaria, us.Maher, us.Hassan, us.3aid, us.Ahmad Abdullah, us.Ramli, us.Ali, dr.Redha, dr.Mahmud, dr.Aziz, us.Nikmat, us.Saifullah, ust.Saadiah, ust.Haniza, ust.Zainab, ust.Jihad dll).. Ya Allah, 17 orang kah semuanya! Ramai tuuu => baru kusedari.. alahai lah azali oi..betuah betoiii..

Xdilupakan juga buat pembimbing kami yang banyak bertungkus-lumus menjayakan KBA 13 ini (ust.Azila, ust.Ainul, ust.Ruqayyah, ust.Asmahan, kak Zura, us.Hanifi, us.Saifullah, us.Ady, us.Nazrol, k.syah, k.huda dll).. Hanya ucapan terima kasih yang bisa diucapkan buat kalian semua, moga ganjaran berlipat gnda menanti di sana ^______^. Baarakallahulakum.
Permulaan langkahku ke KIDU pada hari pendaftaran 1 ketika dahulu dengan niat utk menjaga keberkatan bumi barakah ini dgn mengislahkan diri ini mengikut tarbiah yang dibawa di situ.. Sekecil2 perasaan su2uzon & fe3el2 buruk yg ada pada diri ini cuba disingkirkan sebelum menjejakkan kaki ke tempat para Ulamak ini.. dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim maka tercatatlah si azali sebagai salah seorang pelajar yang dipilih Allah untuk menuntut ilmu di Kolej Islam Darul Ulum. Alhamdulillah, Tabaarakallah.. @___________@

Awal pertemuan dikenalkan dengan sorang hamba Allah yang sangat baik ati sehinggakan dia sanggup tolong kakaknya ini mengangkut barang dari kereta ke asramaku yang jauh di pendalaman nuu.. Peramahnya lah ai.. si adik ni. Tapi rupanya mmglah orangnya sebaik itu sampailah akhir pengajian bersamanya di cc.. Seorang yang suka memudahkan urusan orang, akhirnya Allah memudahkan urusannya ke menara gading & sekarang telah mendaftarkan diri di KUIN. Moga kejayaan mengiringimu dik Fiza yg dikasihi kerana Allah =) Fatahallahu lak!
Dalam KBA ni kiranya diri inilah yg ke 2 tua disebabkan yg ngaji di c2 smuanya umuq 18-20 thn.. beza sgt la ngat ak yg sudah tua bangkaa baru nak mai ngaji.. ada sorg g adik ni paling muda la kononnya 16 tahun n kami panggil dia adik Fatimah soghirah.. betuahla muda2 lagi mai blajaq =.= awai2 tu kamcing la ngan makcik BB 60 tahun n makcik ni bukan nak kata, mmg suspect lah.. bagus sgt, sanggup datang dr sngapore ke kedah utk menuntut ilmu. AllahuAkbar, berilah ak kekuatan mcm mkcik utk menuntut ilmu hingga akhir Hayat.. Amin. Ingat awai2 lg mkcik pesan klu ditakdirkan mkck hmbuskan nafas terakhir d cni, xpyh bwk balik sgpore ye.. tmpatkan mkck di sini sj.. Sayunya bunyik time 2.. =’( Alhamdulillah, dipanjangkan uMo makck smpai habs ngaji n selamat pulang ke pangkuan suami & anak2 terchinta 6___9.
Letih sudah berceghita.. t ghajin sambung len. Wassalam =)

Friday, July 5, 2013

♥ Menuntut Ilmu e2 adlah Fardhu Ain =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Lama betul x menconteng dlm blog ni. Hari ni nak kongsi tentang musykilah dalam menuntut ilmu, dsampaikan oleh tok guru terchinta Ustaz Ahmad bin Abdullah =) tengok ustaz ni tngat Almarhum Ustaz Yahya Othman, tok guru ms blajaq kt klantan dulu.. Al-Fatihah.

“Kalau nak menuntut ilmu, seboleh-bolehnya duduk jauh2 daripada keluarga sebab ia adalah 1 gangguan.. Kadang2 tengah baca buku mak panggil tolong basuh pinggan o p beli barang o jaga adik o yg sewaktu dengannya.. Jadinya, terus hilang fokus untuk belajar”. Ermmm.. awal2 tu terkejut jugak lah dengaq statement ni. Tapi hakikatnya ada kebenarannya.. =) Sebab tu lah orang dulu2 hebat2 blaka. Mak ayah hantar pg mengaji n pesan kat anak2 mereka, selagimana x habis ngaji jangan balik rumah.. ngajilah betul2 xpayah nak contact mak ayah di kampung.. hatta klu ada kematian pun x paelu amk tahu sbb ia cuma fardhu kifayah sedangkan menuntut ilmu adalah fardhu ain.. haa, dengaq tu.
Zaman la bukan sj duduk dekat ngan family e2 adalah 1 halangan, tapi nset pulak yang jadi halangan utama kepada umat cyber kini.. betul x betulnya tanyalah diri sendiri.. ^---^ Allahu Rabbi.. Sangat mencabar mencari keberkatan ilmu ni. Patut la ceq duk blajaq sana cni tp xpandai2 jugak mcm org dulu2.. banyak sangat hijabnya. Antaranya menggunakan nset waktu ketika detiknya menuntut ilmu =.= huhh.. So, kata ustaz.. klu bulih off saja nset tu ketika belajar & apa2 urusan sekalipun samada penting @ tidak hanyasanya boleh berlaku selepas waktu belajar. Lagi2lah kalau tengah belajar sibuk bermasej bf gf msg2.. Na3uzubillahiMinZalik.
Dalam bab pemakaian pun adalah salah 1 faktor yang menyebabkan gangguan ketika belajar. Kalau bulih hadkan penggunaan baju, pakai baju yang sama pun xpa berkali-kali. Jangan bazirkan masa o mengganggu masa belajar dengan memikirkan nak iron baju setiap hari, basuh dll. Secara automatik pemikiran kita tidak lagi pada menuntut ilmu disebabkan sibuk kepuasan duniawi..

 Imam Syafi’e sangat tekun membaca & mengarang buku sehinggakan x ada masa untuk tidur, makan dsb.. 1 hari ibunya panggil makan nasi, I.Syafie menjawab: “sekejap lagi saya makan.”.. sampai jam 12 malam ibunya datang tolong suapkan makanan sambil mengarang dia buka mulut sambut makanan yang disuap ibu tersayang.. sampai jam 3 pagi ketikamana I.Syafie habis mengarang, dia bertanya kepada ibunya: “mana makanan yang nak dimakan tadi, saya nak makan.”.. AllahuAkbar, rupanya dia x sedar pun yang ibunya telah suapkan makanan tadi padanya. Betapa khusyuknya mentelaah sehingga ap yang berlaku di sekeliling pun xsempat diambil thu. E2lah keberkatan & kelazatan menuntut ilmu bagi  Imam Syafi’e.
WaAkhiran.. Belajarlah menjaga keBERKATAN ILMU itu walaupun ianya nampak remeh di mata manusia hakikatnya nilaian di cc Allah itulah penentu kesempurnaan kita melakukan ibadah selama ini. Susah untuk mencari pewaris alim ulamak di kalangan generasi kini kerana sekecil2 perkara pd kaca mata umat terdahulu sudah kabur di pandangan kita . WallahuA3lam bissowab.

Friday, March 8, 2013

Friday, February 22, 2013

♥ Ada Yang Lebih Susah..


Sempat berkongsi cerita with my brother during dinner at home.. Tengah khusyuk menjamu selera hasil air tangan mak yang sedap ni tetiba aku menceritakan tentang seorang insan yang dikenali dengan sikap low profile nya sedangkan si hamba Allah itu adalah seorang yang sangat kaya raya & memiliki kediaman mewah serta tanah yang berekar2 luasnya. Walaupun rezekinya melimpah-ruah, tiada siapa pun menjangkakan hakikat kehidupannya yang senang-lenang itu disebabkan sikapnya yang sangat humble serta suka meraikan orang ramai.

Then, my brother continued with his opinion. Katanya, “kaya mana pun orang kita sekarang, kaya lagi umat2 di zaman nabi dahulu. Mereka kaya-raya tapi sedikit harta pun x dibiarkan berada pada diri sendiri. Semuanya diinfakkan kpd Islam sehingga sanggup berlapar & mengikat perut demi kepentingan saudara Islam yang jauh lebih susah.” Orang kita sekarang saki-baki harta sahaja yang disedekahkan kepada orang lain, yang asalnya banyak digunakan untuk kepuasan peribadi. Na’uzubillah..
Sambungnya lagi, di tempat kerjanya ada seorang ni dia hidup hanya berbekalkan RM500 sebulan untuk menyara diri sendiri, isteri & ibu yang sedang sakit lumpuh. Asalnya dia bekerja di KL dengan pendapatan yang agak stabil dalam lingkungan RM1,7++. Time tu dia belum kahwin & meberikan tanggungjawab penjagaan ibunya kepada abang & adiknya. Setiap bulan dia kirimkan ¾ daripada gajinya untuk pembiayaan  family.

Setelah beberapa bulan bekerja, dia pulang ke rumah untuk menziarahi ibunya. Malangnya, ibu tidak dijaga dengan sempurna, mandi pun sekali sekala apatah lagi pengurusan lainnya.. duit yang dikirim selama ini entah ke mana dibelanjakan adik abangnya.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja & menjaga ibu di kampung. Hal kewangan disuruh adik abangnya mencari  & membiaya keluarga.. Tapi, pengakuan hanya dibibir tanpa ada pelaksanaan. Jadinya, terpaksalah dia mencari kerja yang paling dekat dengan rumah sambil menjalankan tanggungjawab menyara ibu yang uzur itu. Jodoh sampai awal, maka ringanlah sedikit tugasnya kerana mendapat bantuan si isteri yang boleh menguruskan urusan rumah sedikit sebanyak ketika dia keluar mencari rezeki.
Setiap hari dia pergi kerja & tengahari berulang-alik memandikan ibu disebabkan isteri tidak mampu memapah & isteri juga tengah mengandung anak pertama mereka. Ya Allah hebatnya ujian terhadap hambaMu itu.. Katanya, “sesusah2 aku ni dapat juga makan setiap hari.. susah lagi family isteri aku di kampung. Sampai 1 tahap adiknya selalu telefon tanyakan kakaknya bila nak balik rumah, kami lapar??” =’( dulu masa di KL pun walaupun gaji banyak, dia hanya makan nasi kosong, telur goreng & sup air sahaja setiap hari. Itu pun dah cukup, asal dapat isi perut ini..

Rumah yang dihuni sekarang milik saudaranya yang dulu hanya bagi percuma sahaja untuk mereka menumpang teduh. Sekarang sudah dikenakan bayaran sebulan RM100 maka baki gaji hanya RM400 untuk hidup sebulan. Ada saudara-mara kaya-raya pun, x boleh nak tumpang. Yang miskin pulak baik hati nak tolong tapi xdak apa yang mampu dihulurkan lagi. Selagi ada kudrat yang dipinjamkan ini, dia x akan berputus asa untuk terus hidup!
Terhenti mengunyah makanan ketika itu, menghayati cerita realiti kehidupan seorang insan susah di muka bumi ini sedangkan hidup ini terlebih mewah dinikmati tapi dirasakan masih tidak mencukupi. ALLAH!

Wednesday, February 13, 2013

♥ Pintu Taubat!


Today is my younger brother’s birthday. Alhamdulillah, cukup sudah umur dia 23 tahun & bsyukur sangat ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan serta peluang kepadanya agar kembali ke pangkal jalan =)

Hebat betul hidayah Allah kepada hambanya. Apabila tengok apa yang adik lalui selama ini jadi x hairan lagi melihat artis2 yang telah berhijrah sekarang.. Sejuk hati melihat penghijrahan mereka terutama dalam rancangan zikir dikir TV alHijrah. Perubhan yang sangat ketara tapi istiqamah i.Allah.
Dulu2 sedih sangat melihat kehidupan jahiliah adik sendiri. Terlalu dhoif rasanya hidupnya itu. Puas sudah kami 1 family ikhtiar untuk sedarkan dia. Mak abah lagi la.. hari2 doa, solat malam, jumpa ustaz2 buat ayaq doa & macam2 lagi. Memang sangat teruji dengan seorang anak yang tidak menjadi ini. Selalu kan orang kata dalam setandan pisang x semuanya elok, mesti ada paling kurang pun 1 yang rosak. Huhu.. itu ujian kesabaran & keimanan namanya (^___^)~
Kalau dikira-kira dalam 7 tahun jugak Allah menguji. Skejap je kan? Rasulullah dulu lagi lama.. bertahun2  masa diambil untuk menyebarkan Islam dengan dugaan yang lagi perit ke atas pengikut2nya sehingga ada yang direjam, disula, digigit anjing, diseret di jalanan, dibunuh dll. LaHaulaWalaQuwwataillaBillah..

Penghijrahan adik pun bukan sebab kami, tapi pastinya semua kerana hidayah Allah yang diturunkan kepadanya. Ya Allah, bukakanlah pintu hidayah seluasnya kepada kami, jangan Engkau hijabkannya daripada hidup ini.. Amin. Dengan penghijrahannya ke Sarawak selama 2 bulan di rumah kakak di sana, akhirnya dia sedar akan hidupnya yang telah disia-siakan selama ini. Apabila ditanya tentang macamana dia boleh terasa untuk berhijrah, sampai sekarang tidak diceritakan. Hanya mampu tersenyum tanpa sepatah kata =) Yang pastinya sekarang dia sudah jadi yang terbaik untuk diri sendiri, masyarakat & agama.

Sungguh, kita tidak mampu mengubah seseorang melainkan dirinya sendiri yang ingin mengubahnya & diiringi dengan bantuan Yang Maha Esa. Dulu hidupnya dicaci dikeji warga kampung, kini dia dicari & diikuti.. AllahuAkram, istiqamahkanlah dia & kami dalam keimanan & ketaatan kepada-MU.

Friday, February 8, 2013

♥ Muhammad s.a.w. =)


"Tidak ada pintu untuk mendapat Kecintaan dari ALLAH سبحانه وتعالى
kecuali melalui pintunya RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kerana itu agar mendapatkan CintaNYA ALLAH سبحانه وتعالى,
dengan cara mencintai orang yang DicintaiNYA,
yaitu RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم."
- Tazkirah al-Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد...   صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد...   صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد.
Alhamdulillah, walaupun sudah 2 minggu berlalu ulang tahun nabi kita Muhammad s.a.w. namun sentiasa terasa seperti baginda s.a.w. berada di sisi setiap masa bersama umat2nya =) Sehingga saat ini masih ada lagi persatuan2 mahupun institusi2 yang mengadakan Majlis Sambutan MaulidurRasul & tidak ketinggalan juga bagi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) untuk menghidupkan suasana keCINTAan serta keRINDUan terhadap junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. AllahuAkbar!

Sayu + gembira hati ini apabila mendengar sejarah hidup umat terdahulu bersama Rasulullah s.a.w. yang telah dikupas santai oleh Imam Muda Nazrul pagi tadi di dataran terbuka MARSAH. Firstly, nak puji sikit tentang cara penyampaian Imam yang sangat terkesan & menyentuh kalbu para penonton sebentar tadi. Subhanallah, ‘azim! Bakat manusia ni lain2 kan? Allah ciptakan manusia pelbagai fe’el agar terserlah kepelbagaian diantara kita untuk saling mempelajari antara satu sama lain. I've got something from his skill in public speaking (@___@)~ الحمد لله.

Antara pengisian sedikit sebanyak yang sempat dicatat untuk dikongsi bersama di blog ini adalah seperti berikut;-

   1.    Nak pupuk diri agar sentiasa mengingati kekasih Allah s.a.w. cukup dengan 3 cara:
-     Selawat (اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد).
-     Koleksi kitab hadis2 nabi serta membacanya.
-     Beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah.
·   Abu Amrah Sufyan bin Abdullah r.a berkata: Ya Rasulullah, bgtahulah aku 1 perkara tentang Islam yang x perlu lagi aku bertanya kepada orang lain melainkan kamu. Maka jawab baginda s.a.w
قُل: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ اسْتَقِم      
(katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah).
·        nak beriman x susah tapi nak istiqamah tu yang susah.. Allahu Rabbuna.

   2. Jangan takut bertemu akhirat & Jangan sedih tinggalkan dunia kerana kamu akan bergembira dengan Syurga Allah di sana nanti (^________________^)~.
   3.  Nabi s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, walaupun umur umatku pendek sekitar 60-70 tahun sahaja, biarlah amalannya menyamai umur umat2 terdahulu (beratus-ratus & beribu-ribu tahun lamanya).

   4.   Di saat nabi s.a.w. ingin bertemu ajalnya, nabi sempat berdoa agar Allah ampunkan dosa Aisyah dulu, kini & selamanya.. Aisyah dengar & dia tersenyum lebar tanda gembira. Lalu nabi s.a.w. bertanya: “Kenapa kamu gembira wahai Aisyah?” Aisyah pun menjawab: “kerana aku senang hati mendengar doamu itu ya habiballah s.a.w.” Lantas nabi pun berkata: “Begitulah doaku kepada umat2ku.” (6____9)~

  5. Nabi s.a.w. juga pernah meminta kepada Allah.. “Ya Rab, biarlah aku seorang sahaja yang menanggung sakit sakarat ini & ringankanlah ia bagi umatku..” ALLAH!

   6. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Bilal x mampu lagi untuk melaungkan azan kepada orang ramai kerana dia x mampu mungucap kalimat أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدَ الرَّسُولُ الله. Setelah 1 hari dia bermimpi bertemu rasulullah s.a.w. lalu dia menziarahi makam baginda s.a.w. ketika itu cucu nabi Hassan memujuk agar bilal kembali melaungkan azan, barulah dia bersetuju untuk menyambung kembali tugasnya itu kerana dia bimbang sekiranya dipersoalkan nabi di akhirat nanti ;’( Ketika bilal mengalunkan azan, semua penduduk merasakan seolah-olah rasulullah s.a.w. hidup semula & mereka bergegas ke masjid untuk berjemaah bersama-sama kekasih terCINTA. Tapi hibanya mereka kerana rasulullah s.a.w. sudah tiada lagi & baginda lebih disayangi Allah s.w.t.

    7.    المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَب
Seseorang akan bersama orang yang ia cintai. Tapi syaratnya kenalah sayang Lillahita’Ala.. macamana??
1-    Sayang kepada orang yang Allah sayang (Rasulullah s.a.w.).
2-   Sayang seseorang sebab dia buat apa yang Allah sayang.
3-   Sayang seseorang sebab kita x nak dia buat dosa & kita x akan buat dosa bersamanya..
·        The conclusion: pandai2lah mengamalkan SAYANG itu dengan cara yang BENAR!

    8.   Last but not least, anak2 sekarang mengaji pun x reti lagi sibuk nak menyanyi.
-     Lagu Jamal Abdillah.. Kau kekasih awal & akhir, Kau kekasih batin & zahir..
-     Kekasih kita Yang Abadi Allah s.w.t.. boleh rujuk surah al-Hadid ayat 3.
9.   Imam mengakhiri dengan lagu.. 
Sudah cukup cukup sudah........ Cukup sampai di sini saja....
Daripada hati gelisah lebih baik ku taubat saja.........
Sudah cukup cukup sudah........ Cukup sampai di sini saja....
Daripada batin tersiksa lebih baik ku mati saja.........

♥ Balasan Dunia.


BismillahirRahmaaNirRahim..
2 3 hari lepas terjatuh bukit kecil sampai kasut putus, kaki terseliuh, tangan sakit & lutut lebam.. Astaghfirullahal’azim, Allah bayaq cash la la tu jugak atas dosa mengumpat orang sebelum tu. Ya Rab, hebatnya balasan yang Engkau bagi. Walaupun tergelincir sikit cuma, tapi kesakitan yang dirasai tersangatlah perit. Nak buat ibadat pun susah..
Al-kisahnya, baru sahaja lepas berborak tentang seseorang dengan seseorang ni.. Niat asalnya hanya sekadar ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Mungkin tanpa disedari, daripada perbincangan kami itu pasti ada terselit beberapa umpatan terhadap individu tersebut. Kalau x, xdak la ditimpa ujian bukit kecil itu =) hehe.. Selalu ja lalu n pijak bukit tu tapi ok ja. Tetiba hari tu licin n terjadilah apa yang telah terjadi :’( So, after this must be careful with your words okay!

Hari ni pulak, ujian kedua untuk bulan 2 ni.. Tengah khusyuk mendengar ceramah Imam Muda Nazrul sempena Sambutan MaulidurRasul di bumi MARSAH ni, tetiba ditembak oleh peluru tahi burung yang menempel di atas tudung bahu kiri n 1 lagi di lengan baju kanan :’( waaaaaaa.. apalah nasib si Azali pada tahun baru ini??

Time tu terasa bahawa hinanya aku Ya Allah.. Mulia lagi tahi burung ni daripada diriku yang sering bergelumang dengan dosa di atas muka bumi tiruan & x kekal lama ini. اللّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي… Ya Rahman, Ya Rahim.. Biarlah aku menimpa balasan di dunia ini agar tidak dibalas di akhirat nanti. Amin.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..