Friday, March 20, 2015
Sunday, March 1, 2015
♥ Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis.
Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke
bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang.
Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah
ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak
kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik
kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun
perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi
alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut.
Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah
ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca
Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut
rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat?
Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan
bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika
benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan
segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut
dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk
menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang
benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan
dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami
peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja
kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk
menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan
seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan
bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab
bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang
perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking
isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan
mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi
suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu
suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab
haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang
suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar
perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin
bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab
hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya
gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak,
tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung
menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara
remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih
seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya,
bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu
terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah
agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian
agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia,
kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang
istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu
dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini
sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’
kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu
di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan
sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan
demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk
anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai
method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh
gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara
anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri
yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih
boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh
memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang
imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak
banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati
dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan
perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah
pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan
dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan
saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang
lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap
perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis,
orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi
orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang
meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah
tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar
mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami.
Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal
agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu
sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke
syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan
semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk
BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN
LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI
HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
Wednesday, February 11, 2015
♥ Allah Care About You: Nouman Ali Khan
Allah says: الرحمان… You know what that means? You
cannot be more Merciful than that. That is the nth, the most extreme, unlimited
form of Mercy, extreme Mercy beyond imagination. The other thing that comes
from the language of this word الرحمان because it’s a المبالغة
صيغة (an
exaggeration figure of speech) is that is happening right now.
It’s one thing to say Allah cares… It’s one thing to say Allah is
loving… It’s one thing to say Allah protects… but it’s another to say Allah is
protecting me, when? Right now! He is caring about me right now. He is
concerned with me right now. He is delicate with my situation right now. That
is the realization inside الرحمان. It forces me to think and it
forces you to think, how is Allah showing me Love right now.
Immediately, not tomorrow, not later… Everyone of us has problems, everyone
of us… maybe you have family problems, maybe you have husband problems, maybe
you have wife problems, maybe you have children problems, parent problems,
government problems, immigration roblems, economic… you got problems… and we
think about problems all the time, and we don’t think about الرحمان all the time. We only think about
the problems… we don’t think how many problems Allah saved us from. Somebody
gets allergies and they complain about their allergies, but they don’t think
the nose is still on my face.
That’s Allah taking care of you my friend, it could be so much worse.
There is so much worse that could happen. When a child is born, how many things
can go wrong? For those of us that have healthy children, we complain about the
grades of our children… they don’t pay attention in school… they don’t do their
homework on time… parents complain and complain and complain. If you say: what
do you say about your child? And they will give you a list of complains, you
know? He doesn’t go to sleep on time, talk bad, doesn’t finish dinner, watches
too much TV, videogames all the time, you know?
This is a long list, but you know what? If
you ever talk to parents who lost a child… you know what they say about their
child? They never say he never did his homework, he was always late to school,
he always ate too little, he always watching TV… they say my child was perfect.
He was so perfect, he was the best, and they only remember the good things. Why
is that? A day before you complaining, you were yelling at him… because that’s
human nature. We don’t appreciate the things that we have until they’re gone.
When they’re gone we remember.
Now, right now we’re not thinking Allah.
We’re not realizing how much love he is showing us by protecting our children,
by taking care of our family, by giving us our parents… yes, your parents get
angry at you. It’s okay, it’s a global phenomenon that are teenage boys your
father gets mad at you. It’s going to happen; he’s going to yell at you… “my
dad, he does not understand me, he doesn’t know what? الحمد
لله he’s alive… الحمد
لله you have an
opportunity to show (patience) to him and respect to him, so you can earn
Jannah with Allah.
If you want to know if you’re humble or not,
see how you are to your parents. If you have an attitude with your parents,
don’t think about Islam. You’re not ready for what Islam demands for your
personality. Allah wants us to be humble, but humble does not mean you make
salah like perfect believer but you show attitude to your father and your
mother. Come on! That’s not humility you know?
تلك الدار الآخرة نجعلها للذين لا يريدون
علوا في الأرض ولا فسادا
‘The
last name is built for people…’, Allah says ‘we made the last home’ for people
Jannah for people who don’t want to act up in this world. They don’t act like
this in this world. They don’t show attitude, we have to learn to be humble to
our parents, even if you think they’re unfair. That’s part of appreciating the
Mercy and the Love of Allah عزوجل in our lives.
That is something that one should think
about every day. Just stop at الرحمان. Just stop and just think, what
does that mean? What is Allah doing for me? You know the fact that for example,
it was a dream in my life I wanted to come to Malaysia, I wanted to see the
Muslims in Malaysia, الحمد لله I’m so happy. I can’t thank Allah
enough for this opportunity, and just if you reflect about this. I’m on the
other side of the planet from where I live, you know?
Talking to you folks, سبحان
الله, how
does this happen? This does not happen except by the Mercy (Rahmah) of Allah.
How many things can go wrong on an airplane that’s flying over the oceans? How
many things? You see a little bit of turbulence and Taqwa goes up right? The
plain goes down, and the Iman goes up. سبحان
الله,
that’s care, he cares, and he cares about everyone of us like that. Sometimes
people get depressed, Allah doesn’t care about me. Why do I have all these
problems? You haven’t thought about الرحمان enough. You haven’t thought about
that enough. You don’t have to wait for His care to come, it’s already there…
It’s already there.
Monday, February 2, 2015
♥ hanya ALLAH Yang Maha Pandai =D
“Jika kita berjumpa dengan mereka yang berilmu, tundukkan ilmu kita agar
ilmu orang itu mampu mengalir kepada kita.” ~Saiful Nang.
Sunday, February 16, 2014
♥ TQ Cik Mut =)
Satu
pagi, seekor semut sedang terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai
bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.
Perjalanan
semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan
agak jauh.
Di
satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar
10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu kebuntuan.
Akhirnya,
semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung
tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu
meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan Allah ini!
Akhirnya,
sang semut tiba di sarangnya yang berlubang di bawah penjuru sebuah rumah. Sang
semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu
meskipun berdepan bermacam halangan.
Setibanya
di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu
kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?
Akhirnya,
semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini.
Semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu, dan pulang ke sarangnya
meskipun semut telah mengatasi setiap satu halangan dengan bijaksana,
kekentalan jiwa dan segala tenaga untuk membawa bulu tersebut sehingga tiba di
pintu rumah.
Wahai
anakku,
Sang
semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam
sebelum memulakan usaha membawa bulu pulang ke sarang.
Di
akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban
yang tidak perlu.
Wahai
anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui
apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti
air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau
keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.
Namun,
apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala
yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti
bulu yang ditinggalkan sang semut.
Monday, October 21, 2013
♥ Be Ware ~Ikhtilat
Astaghfirullahal’azim..
Astaghfirullahal’azim.. Astaghfirullahal’azim..
AllahuAkbar walillahilHamd.
Seperti kebiasaan di malam
raya al-Mubarak, h/phone berbunyi menerima SMS drp sahabat handal, saudara mara
yang jauh mahupun dekat dan juga kenalan lama yang x pernah dengar khabar
berita akhirnya muncul memberi salam mahabbah =)
Dan seperti lazimnya, aku
tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan kredit berutusan SMS pengganti kad
raya di zaman kanak2 suatu ketika dahulu. Kata2 hikmah menjadi pilihan
muqaddimah mesej & diakhiri dengan ucapan Raya Maaf Zahir Batin. Hadith
riwayat Ahmad berjudul “Allah Tidak Pernah Jemu Mengampunkan” adalah makanan
rohaniku dan penerima pesanan ringkas di malam Aidil Adha tahun ini.
Tengah rancak menghantar mesej kepada guru2,
teman sekolah, sekolej, seU, sepersatuan, seprogram, sekerja & sewaktu
dengannya.. tetiba mendapat respond daripada seorang hamba Allah yang sangat
dikenali. Dibalasnya cukup ringkas & berpengaruh. “Haram. Mkaseh.” Dia
tidak mencarut, dia tidak bergurau & dia tidak kurang ajar tapi dia
menyampaikan satu pesanan yang sangat tersirat.
Tersentak pada mulanya namun
aku menerima dengan hati terbuka kerana memang benar antara lelaki & wanita
tidak dapat lari daripada batasan yang telah digariskan syari’at. Walaupun dia
bertaraf adikku & aku mengenalinya seorang yang syadid pada permulaannya
tetapi ada juga gurauannya ketika gerak kerja. Respond yang dikhabarkan
menyedarkan diri ini.. adakah aku telah lari jauh daripada ikhtilat yang sangat
dijaga ketika di bangku sekolah dahulu? AllahuAkbar.. Astaghfirullah..
Stop bermesej & terasa
ingin memohon beribu kemaafan kepada para ajnabi yang telah menerima sms raya
itu w/pun ianya sekadar sedikit perkongsian namun hakikatnya ia adalah sekecil2
zina sepertimana yang tekah dihighlightkan dalam Al-Quran:
Teringat kata2 Fatimah
Syarha yang boleh dikaitkan dengan topik ini.. “Seseorang lelaki yang gemar
berutus SMS dengan kita, xmustahil perkara yang sama juga dia lakukan dengan
wanita2 lain.. dan begitulah sebaliknya.. "Seseorang wanita yang gemar berutus SMS dengan seorang lelaki, begitu jugalah dia dengan lelaki2 lain.” Wal’iyazubillah..Peringatan buat diri
moga tidak tergolong dalam kategori mereka itu. Allahummaghfirli zunubi -.-
Wednesday, August 14, 2013
♥ Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh2 kami
"
Ya Allah Engkau hancurkan kesatuan mereka yg telah mengkhianati hambaMu sndri,
turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesir hari ini, berikanlah laknatMu
kepada General Abd Fattah As-Sisi sepertimana Engkau berikan kepada Kamal
Artartuk dahulu.Ya Allah lindungilah saudara2 kami yg dizalimi, berikanlah
syahidMu kepada mereka yang dibunuh. Amin Ya Allah :')
♥ Dajjal Tidak Akan Dapat Berdiam Diri Lagi - Indahnya Malaikat Kecil Ini
Ya Allah, jinakkanlah diriku dgn kitab-Mu ... Moga memperoleh zuriat sehebat anak kecil ini. AMIN.
Sunday, August 11, 2013
♥ Syawal 2013 =)
اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
لا إلَهَ إلا اللّه واللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر و لِلّه الحمدَ...
suka sangat tengok mulut baby macam burung n suka cium idung baby.. hehe =)
Alhamdulillah, selamat sudah dilahirkan baby girl ini
di awal Syawal 1434H bersama laungan takbir yang dialunkan menerusi corong
radio di dalam wad bersalin, Hospital Mukah, Sarawak =) Tepat jam 11.27 malam,
terdengar suara tangisan si anak kecil yang telah mengikat janji dengan Rabnya bersetuju
ditaklifkan sebagai seorang khalifah di alam fana yang dijejaki buat
pertama kalinya..
Uminya sakit bermula jam 3 pagi ketika ingin bersahur
buat kali terakhir di penghujung Ramadhan Al-Mubarak.. Selepas solat subuh
katanya akan terus ke hospital untuk bersiap sedia menerima kehadiran insan
tercinta.. tapi mengikut pengalaman lepas, baby akan keluar lambat lagi
walaupun sudah terasa sakit. So, tunggulah sampai Zoho siap sempat masukkan
kuih raya ke dalam balang n merasa setiap jenis kuih yang ada, kek lapis,
kerepek dll.. Then lepas asar start kereta keluar bersama suami pergi beli
barang mentah untuk juadah nasi daging di pagi raya. Balik tu beerkesempatan
mengupas bawang putih bawang merah segala bagai n berbuka puasa jam 6.40 petang,
seusai solat Maghrib baru pergi hospital.. Banyak betul agenda sebelum
kelahiran.. hehe..
Seperti kebiasaan ibu mengandung hanya dibenarkan
keseorangan di wad tahanan bersalin, suami pun x boleh teman.. Maka pulanglah
si suami untuk bersama anak2 di rumah sementara si isteri bertarung nyawa
seorang diri menahan kesakitan untuk mengeluarkan seketul bayi yang comel itu..
disebabkan tidak tahan menanggung keperitan, kakakku memohon keizinan pihak
jururawat untuk membenarkan adiknya ini menemani di sisi. Allah mudahkan urusan
& aku bergegas ke hospital membantu kakak sedikit sebanyak yang mampu.. Ya
Allah, besarnya pengorbanan si ibu.. patut lah Engkau menjatuhkan hukuman si
anak yang berkata “ah” sekalipun kepada ibu bapanya untuk disoal di akhirat
kelak. Na’uzubillahiMinZalik.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekalli-kali janganlah kamu
mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." Al-Israa', ayat 23.
Disebabkan terlalu sakit, terpaksalah nurse
menjalankan tugas mereka. Kalau ikutkan pihak nurse, mereka suruh tunggu sampai
pukul 12 jugak untuk daftarkan baby sebagai anak Aidilfitri supaya dapat
diinterview oleh pihak media keesokan harinya. Ahh.. semua itu duniawi belaka..
huhu, xsanggup la nak tgu ½ jam lagi untuk kemasyhuran itu sedangkan si anak
sudah kelemasan dimasuki air ketuban di dalam hidungnya ketika dilahirkan.
Hakikatnya mengikut bulan Islam memang dah masuk 1 Syawal pon.. Semuanya telah
dicatat sejak Azali.. Kalaulah si ibu mengejar ganjaran duniawi itu jugak,
semestinya baby tersebut darurat kelahirannya. AllahuAkbar!
Tunggu punya tunggu setelah 1 jam selepas itu baru
dapat bertemu kakakku yang lemah longlai tapi masih mampu tersenyum dek
bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang telah diberikan. So, tido wad lah jawabnya di malam raya ~(:
Fobia jugak tengok ibu melahirkan ni.. 2nd experience but this is
the 1st time berhadapan dengan reality. Dapat masuk wad teman kakak cuma
x dapat tengok di saat melahirkan je. Itu pun dengar jugak nurse dok jerit “ok,
tahan, tarik nafas, lepas… tahan lagi.. lepas..” huhu, sod ba ro je lah ai..
![]() |
| Depan hospital. |
1st experience dengan k.jan (roommate di
rumah sewa time blaja dulu..) haha.. yang tu pun pukoi 3 pagi jugak. Lagi best
kena time malam PRK lak tu.. si maknya siap dok gunting2 poster calon2
pilihanraya lagi tu. Tup2 dah beradoi adoi dah. Apa lagi nak dikato.. siap2
sume barang, naik kereta start enjen terus je drive ke Hospital Serdang..
Kecian akak time tu. Dah la x boleh teman, sorang2 ja dalam wad tu. Disebabkan keja
shift pagi time tu, terpaksa lah tinggal k.jan keseorangan. Klu ikutkan hati,
xde mood dah nak pergi keja. Tapi kak suh pi jugak, kalau tungu pun sia2..
tengah keja, tengahari dapat tahu akak dah selamat melahirkan. So, lepas habis
keja je terus rempit balik rumah then tukar ambil kereta drift lak ke Serdang..
huh, memang best lah time tu nak terima anak menakan baru di rumah sewa..
Sampaikan hangit habis kain batik n tilam dibakar tungku panas membara untuk
orang berpantang.. haha.. gheja sapa tu?? Tepukdadatanyaiman @_____@. Tutup kes..
Suatu ketika dahulu pernah berkorban untuk kawan, so
why not la this time berkorban untuk kakak darah daging sendiri pulak kan?
Hurmmm, banyak benda boleh blajar daripada mereka. Allah bagi gembira pasti ada
duka, Allah bagi derita bersama nikmat dan macam2 yang Allah bagi pasti ada
hikmahNya. Hanya Dia Maha pemilik Rahsia Alam. Raya kedua terima masej Hari Raya
daripada best friend sekuliah dulu yang telah selamat diijabkabul selepas
praktikal tahun lepas. Kiranya time konvo die dah bersuami lah.. Sonok betul
dapat datang berkonvo bersama kekasih hati ;-) cewah.. hehe. Katanya: “Selamat
Hari raya jugak.. Maaf Zahir Batin Sumenye.. Aku pregnant weh. Doakan aku kuat..
banyak dugaan jadi isteri & bakal ibu ni..” Allah, sayu baca masej tu.
Memang seronok time nak berwalimatul urus nih. Tahun ni saja bertimbun2
jemputan kawen yang tak dapat dihadiri termasuklah hari ni 7 kenduri menanti di
semenanjung sana.. Meriah tengok gambar2 yang diupload dalam fb sume.. Moga
berbahagia semua pasangan hingga ke Syurga =) Ada kebahagiaan pasti diiringi
sebaliknya cuma KESABARAN sahaja yang menjadi pertahanan diri untuk segalanya.
Ujian itu ada di mana2, buat menguji kekentalan iman dalam diri selaku hamba
Yang Maha Esa.
Back to main story, dah dapat baby baru ni maka
terpinggirlah 3 orang insan yang sudah lama.. tapi xde la dipinggirkan terus,
xtergamak si ibu berbuat demikian pada anak2nya.. Selalunya yang sulung n kedua
dah ok boleh terima hakikat umi mereka perlu berikan perhatian sepenuhnya kepada si
kecil yang belum mampu berdikari.. Keciannya la ai si anak ketiga yang baru
pertama kali menerima orang baru yang bakal menjadi saingannya untuk
segalanya.. hoho.. Nak dijadikan cerita, mengamuklah si abang chik ni pukul habis umi, marah sebab bagi susu dia kat adik, selalu pegang adik n x bagi die
kacau adik.. bukan xnak bagi dik oi.. masalahnya kamu tu kalau dah dapat pegang
adik sampai dilenyek2 adiknya macam tempeyek.. hari pertama lagi dah kena penampaq
sebijik si adik ni daripada abang chik dia yang gagah perkasa.. kononnya la
kan..
![]() |
| k.long |
![]() |
| k.ngah |
![]() |
| a.chik |
Next day, makteh dia pulak kena tendangan n penampaq kuat
sampai pening kepala buat seketika.. adoi.. naseb baik la dia kecik, sakit tu
sakit jugak la..tapi dengan budak2 takkan nak cari pasai pulak kot. Tak boleh
jadi budak nih.. dah naik syeikh habis 1 rumah dia ngamok..teruk la abi dia
menjadi mangsa pujukan tiap2 hari sebab dengan umi dia xmo lagi dah.. Sedih
o0oo nak terima kenyataan. =_(
![]() |
| MERDEKA! |
![]() |
| Kekenyangan @__@ |
![]() |
| uhh.. ngeliat =.= |
Syukur Alhamdulillah, ada suami yang sangat membantu..
mesti dah boleh fahamkan, dah anak ke 4 kot.. klu xpaham jugak memang lah x
patot langsung. Memang letih jadi isteri & ibu tapi nak buat macam mana? Di
situlah pahala yang perlu dicari sebagai bekalan di sana nanti.. Klu niatkan
sumenya untuk ibadat, pasti ketenangan n kemudahan yang Allah nagi (^___^) don’t
worry k!
P/S: cari lelaki yang memudahkan kita untuk beribadah
& itu adalah KEPASTIAN! Okay fine.
Hari ke 3..
Subscribe to:
Posts (Atom)













