BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Friday, July 5, 2013

♥ Menuntut Ilmu e2 adlah Fardhu Ain =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Lama betul x menconteng dlm blog ni. Hari ni nak kongsi tentang musykilah dalam menuntut ilmu, dsampaikan oleh tok guru terchinta Ustaz Ahmad bin Abdullah =) tengok ustaz ni tngat Almarhum Ustaz Yahya Othman, tok guru ms blajaq kt klantan dulu.. Al-Fatihah.

“Kalau nak menuntut ilmu, seboleh-bolehnya duduk jauh2 daripada keluarga sebab ia adalah 1 gangguan.. Kadang2 tengah baca buku mak panggil tolong basuh pinggan o p beli barang o jaga adik o yg sewaktu dengannya.. Jadinya, terus hilang fokus untuk belajar”. Ermmm.. awal2 tu terkejut jugak lah dengaq statement ni. Tapi hakikatnya ada kebenarannya.. =) Sebab tu lah orang dulu2 hebat2 blaka. Mak ayah hantar pg mengaji n pesan kat anak2 mereka, selagimana x habis ngaji jangan balik rumah.. ngajilah betul2 xpayah nak contact mak ayah di kampung.. hatta klu ada kematian pun x paelu amk tahu sbb ia cuma fardhu kifayah sedangkan menuntut ilmu adalah fardhu ain.. haa, dengaq tu.
Zaman la bukan sj duduk dekat ngan family e2 adalah 1 halangan, tapi nset pulak yang jadi halangan utama kepada umat cyber kini.. betul x betulnya tanyalah diri sendiri.. ^---^ Allahu Rabbi.. Sangat mencabar mencari keberkatan ilmu ni. Patut la ceq duk blajaq sana cni tp xpandai2 jugak mcm org dulu2.. banyak sangat hijabnya. Antaranya menggunakan nset waktu ketika detiknya menuntut ilmu =.= huhh.. So, kata ustaz.. klu bulih off saja nset tu ketika belajar & apa2 urusan sekalipun samada penting @ tidak hanyasanya boleh berlaku selepas waktu belajar. Lagi2lah kalau tengah belajar sibuk bermasej bf gf msg2.. Na3uzubillahiMinZalik.
Dalam bab pemakaian pun adalah salah 1 faktor yang menyebabkan gangguan ketika belajar. Kalau bulih hadkan penggunaan baju, pakai baju yang sama pun xpa berkali-kali. Jangan bazirkan masa o mengganggu masa belajar dengan memikirkan nak iron baju setiap hari, basuh dll. Secara automatik pemikiran kita tidak lagi pada menuntut ilmu disebabkan sibuk kepuasan duniawi..

 Imam Syafi’e sangat tekun membaca & mengarang buku sehinggakan x ada masa untuk tidur, makan dsb.. 1 hari ibunya panggil makan nasi, I.Syafie menjawab: “sekejap lagi saya makan.”.. sampai jam 12 malam ibunya datang tolong suapkan makanan sambil mengarang dia buka mulut sambut makanan yang disuap ibu tersayang.. sampai jam 3 pagi ketikamana I.Syafie habis mengarang, dia bertanya kepada ibunya: “mana makanan yang nak dimakan tadi, saya nak makan.”.. AllahuAkbar, rupanya dia x sedar pun yang ibunya telah suapkan makanan tadi padanya. Betapa khusyuknya mentelaah sehingga ap yang berlaku di sekeliling pun xsempat diambil thu. E2lah keberkatan & kelazatan menuntut ilmu bagi  Imam Syafi’e.
WaAkhiran.. Belajarlah menjaga keBERKATAN ILMU itu walaupun ianya nampak remeh di mata manusia hakikatnya nilaian di cc Allah itulah penentu kesempurnaan kita melakukan ibadah selama ini. Susah untuk mencari pewaris alim ulamak di kalangan generasi kini kerana sekecil2 perkara pd kaca mata umat terdahulu sudah kabur di pandangan kita . WallahuA3lam bissowab.

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..