Saat
bila kita lihat isteri bermuram kerana tak sihat atau tak larat kerana
mengandung ataupun berpenat sepanjang hari di rumah. Kerana Allah kita khidmat
isteri dan ahli keluarga kita. Ucapkan betapa cinta
dan sayang kita kepadanya. Wahai isteriku betapa abang mencintaimu kerana
Allah. Menyayangimu kerana Allah. Tiada yang mencampakkan rasa cinta dan rindu
ini selain Allah.
Ia
satu kepuasan yang Allah beri bila berpenat dan berpeluh kerana Allah. Sampai
rumah kita bantu hantar dan ambil anak sekolah. Mandikan anak-anak dan bantu
siapkan anak pergi sekolah.
Kita
buangkan sampah di dapur. Gantikan plastik sampah. Cucikan pinggan dan cawan.
Sebenarnya kita sedang membersihkan hati kita sendiri. Bantu mopkan lantai
rumah. Sapukan rumah. Kemaskan beg sekolah dan mainan anak-anak.
Kita
picit dan urutkan isteri kita kerana Allah. Sambil puji kebaikan dan
kecantikannya. Betapa mencintainya kerana Allah. Menghargai pengorbanannya
kepada kita. Korban melahirkan dan mengandung lagi kerana Allah.
Sekali
sekala masak menu yang kita pandai. Masak, hidang, kemas dan suapkan isteri.
Makan sedulang berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Makan alas saprah. Duduk
di bawah sebaiknya.
Kemudian
kemas makanan dan bersihkan anak-anak. Siap-siapkan anak-anak untuk solat.
Pakaikan dengan pakaian yang bersih dan wangi untuk solat.
Sebaik
kita pulang dari masjid baca Hadis Nabi saw dengan ajak isteri, anak anak dan
keluarga. Mula baca hadis Nabi saw dengan kemuliaan. Memakai pakaian
sempurna,wangi-wangian, dan senyuman. Baca ditempat tetap dan sebaiknya waktu
yang tetap. Baca hadis 3 kali. Baca dengan jelas satu persatu. Gilirkan
membaca. Selepas itu cerita sifat sahabat rhum. Kisah Nabi dan sahabat. Buat
halkah tajwid. Hafal surah dan gilir-gilir baca. Dengar bacaan semua ahli
keluarga. Sediakan anak-anak untuk jadi daie Allah
Tidurkan
anak-anak. Baca doa. Cium dan ajar anak doa tidur..baca doa tidur. Ucapkan
sayang pada anak-anak.
Setelah
buat semua itu solat sunat taubat 2 rakaat dan witir. Minta ampun pada Allah.
Ya Allah inilah amanah keluarga yang kau letak dibahuku. Tiada daya upaya
melainkan dengan pertolongan dan kuasa Mu ya Allah. Malam-malam menangis pada
Allah. Menangis di depan Allah pada waktu malam saat paling dinantikan seorang
hamba yang merindui tuhannya. Setelah menangis di depan Allah, kita akan kuat
dalam perjuangan Islam ini dengan kasih sayang dan doa.
Kadang-kadang
hidup ini bukan soal apa yang kita belum dapat dari sesiapapun atau apapun yang
kita nak. Tapi sebenarnya rahsia hidup ini terlalu indah yakni Allah sayangkan
kita dan dia nak kita semua bahagia, gembira, berjaya dunia dan masuk dalam
syurga paling tinggi. Kerana itu dia beri Islam sebagai satu cara hidup yang
sempurna. Islamlah gaya hidup, pemikiran, hati, percakapan, maka pasti kita
bahagia dan berjaya. Terima kasih Allah -ebit lew
No comments:
Post a Comment