الحمد لله على كل حال وأستغفر الله من كل ذنب...
Ramadhan bakal pergi
tidak lama lagi.. Terasa syahdu di sanubari tak tahu dapat bertemu
Ramadhan akan datang ataupun tidak.. Allah, lanjutkanlah usia kami untuk
bertemu bulan Mulia ini lagi.. Madrasah Ramadhan yang sangat mentarbiah diri
ini menjadi hamba. Ya, hamba kepada Yang Maha Esa.. Moga dengan mengakhiri pengajian
di univesiti Ramadhan ini memberi peluang kepada diri untuk melanjutkan
pengajian di perangkat Master & PHD pada Ramadhan tahun hadapan. AMIN.
Hari ini mengakhiri Ramadhan seiring debaran menyambut
kelahiran baby yang belum pasti saat jejak kakinya di muka bumi ini samada di
bulan Mubarak @ Eidulfitri.. mungkin lewat petang ini sebelum berbuka puasa @
mungkin juga ketika takbir raya berkumandang selepas maghrib nanti & ada
kemungkinan di pagi raya sebelum, ketika @ selepas solat raya Aidilfitri yang
akan tiba beberapa detik lagi. Yang pastinya, semoga Kakakku dipermudahkan
urusan melahirkan anaknya yang ke 4. Mujahid @ Mujahidah? Wallahua’lam Bissowab
(“,)~ Kalau baby nak bayar zakat, keluarlah awal sikit ye.. nanti abi tolong
bayarkan. Hehe..
Tahun
ni masing-masing berkorban raya.. pada mulanya masih memperjuangkan kehendak
untuk menghadiri walimatul urus teman seperjuangan yang akan mendirikaan masjid
raya ke 3 ini bersamaan due date sebenar kelahiran baby baru & majlis
kesyukurannya pada raya berikutnya. Setelah berkali-kali memikarkan aulawiyat
yang perlu diputuskan, akhirnya aku memilih untuk bersama insan yang
mempertarungkan nyawa di saat2 genting..
Akhirnya, bermulalah jejak
permusafiran pada malam 3 Ogos ke bumi Kenyalang. Maka senad telah memutuskan
untuk beraya di perantauan bersama Kakak tercinta kerana Allah (^___^). Minta
maaf teman kerana tidak dapat bersama di hari bahagia. Ku doakan moga
berbahagia hingga ke Syurga bersama insan bertuah yang dianugerahkan buatmu
untuk berkongsi onak duri serta suka duka kehidupan sehingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment