BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Sunday, August 11, 2013

♥ Syawal 2013 =)



 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
لا إلَهَ إلا اللّه واللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر و لِلّه الحمدَ...
 
suka sangat tengok mulut baby macam burung n suka cium idung baby.. hehe =)
Alhamdulillah, selamat sudah dilahirkan baby girl ini di awal Syawal 1434H bersama laungan takbir yang dialunkan menerusi corong radio di dalam wad bersalin, Hospital Mukah, Sarawak =) Tepat jam 11.27 malam, terdengar suara tangisan si anak kecil yang telah mengikat janji dengan Rabnya bersetuju ditaklifkan sebagai seorang khalifah di alam fana yang dijejaki buat pertama kalinya..

Uminya sakit bermula jam 3 pagi ketika ingin bersahur buat kali terakhir di penghujung Ramadhan Al-Mubarak.. Selepas solat subuh katanya akan terus ke hospital untuk bersiap sedia menerima kehadiran insan tercinta.. tapi mengikut pengalaman lepas, baby akan keluar lambat lagi walaupun sudah terasa sakit. So, tunggulah sampai Zoho siap sempat masukkan kuih raya ke dalam balang n merasa setiap jenis kuih yang ada, kek lapis, kerepek dll.. Then lepas asar start kereta keluar bersama suami pergi beli barang mentah untuk juadah nasi daging di pagi raya. Balik tu beerkesempatan mengupas bawang putih bawang merah segala bagai n berbuka puasa jam 6.40 petang, seusai solat Maghrib baru pergi hospital.. Banyak betul agenda sebelum kelahiran.. hehe..

Seperti kebiasaan ibu mengandung hanya dibenarkan keseorangan di wad tahanan bersalin, suami pun x boleh teman.. Maka pulanglah si suami untuk bersama anak2 di rumah sementara si isteri bertarung nyawa seorang diri menahan kesakitan untuk mengeluarkan seketul bayi yang comel itu.. disebabkan tidak tahan menanggung keperitan, kakakku memohon keizinan pihak jururawat untuk membenarkan adiknya ini menemani di sisi. Allah mudahkan urusan & aku bergegas ke hospital membantu kakak sedikit sebanyak yang mampu.. Ya Allah, besarnya pengorbanan si ibu.. patut lah Engkau menjatuhkan hukuman si anak yang berkata “ah” sekalipun kepada ibu bapanya untuk disoal di akhirat kelak. Na’uzubillahiMinZalik.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekalli-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." Al-Israa', ayat 23.

Disebabkan terlalu sakit, terpaksalah nurse menjalankan tugas mereka. Kalau ikutkan pihak nurse, mereka suruh tunggu sampai pukul 12 jugak untuk daftarkan baby sebagai anak Aidilfitri supaya dapat diinterview oleh pihak media keesokan harinya. Ahh.. semua itu duniawi belaka.. huhu, xsanggup la nak tgu ½ jam lagi untuk kemasyhuran itu sedangkan si anak sudah kelemasan dimasuki air ketuban di dalam hidungnya ketika dilahirkan. Hakikatnya mengikut bulan Islam memang dah masuk 1 Syawal pon.. Semuanya telah dicatat sejak Azali.. Kalaulah si ibu mengejar ganjaran duniawi itu jugak, semestinya baby tersebut darurat kelahirannya. AllahuAkbar!

Tunggu punya tunggu setelah 1 jam selepas itu baru dapat bertemu kakakku yang lemah longlai tapi masih mampu tersenyum dek bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang telah diberikan.  So, tido wad lah jawabnya di malam raya ~(: Fobia jugak tengok ibu melahirkan ni.. 2nd experience but this is the 1st time berhadapan dengan reality. Dapat masuk wad teman kakak cuma x dapat tengok di saat melahirkan je. Itu pun dengar jugak nurse dok jerit “ok, tahan, tarik nafas, lepas… tahan lagi.. lepas..” huhu, sod ba ro je lah ai..
Depan hospital.
Raya di wad.

1st experience dengan k.jan (roommate di rumah sewa time blaja dulu..) haha.. yang tu pun pukoi 3 pagi jugak. Lagi best kena time malam PRK lak tu.. si maknya siap dok gunting2 poster calon2 pilihanraya lagi tu. Tup2 dah beradoi adoi dah. Apa lagi nak dikato.. siap2 sume barang, naik kereta start enjen terus je drive ke Hospital Serdang.. Kecian akak time tu. Dah la x boleh teman, sorang2 ja dalam wad tu. Disebabkan keja shift pagi time tu, terpaksa lah tinggal k.jan keseorangan. Klu ikutkan hati, xde mood dah nak pergi keja. Tapi kak suh pi jugak, kalau tungu pun sia2.. tengah keja, tengahari dapat tahu akak dah selamat melahirkan. So, lepas habis keja je terus rempit balik rumah then tukar ambil kereta drift lak ke Serdang.. huh, memang best lah time tu nak terima anak menakan baru di rumah sewa.. Sampaikan hangit habis kain batik n tilam dibakar tungku panas membara untuk orang berpantang.. haha.. gheja sapa tu?? Tepukdadatanyaiman @_____@. Tutup kes..

Suatu ketika dahulu pernah berkorban untuk kawan, so why not la this time berkorban untuk kakak darah daging sendiri pulak kan? Hurmmm, banyak benda boleh blajar daripada mereka. Allah bagi gembira pasti ada duka, Allah bagi derita bersama nikmat dan macam2 yang Allah bagi pasti ada hikmahNya. Hanya Dia Maha pemilik Rahsia Alam. Raya kedua terima masej Hari Raya daripada best friend sekuliah dulu yang telah selamat diijabkabul selepas praktikal tahun lepas. Kiranya time konvo die dah bersuami lah.. Sonok betul dapat datang berkonvo bersama kekasih hati ;-) cewah.. hehe. Katanya: “Selamat Hari raya jugak.. Maaf Zahir Batin Sumenye.. Aku pregnant weh. Doakan aku kuat.. banyak dugaan jadi isteri & bakal ibu ni..” Allah, sayu baca masej tu. 

Memang seronok time nak berwalimatul urus nih. Tahun ni saja bertimbun2 jemputan kawen yang tak dapat dihadiri termasuklah hari ni 7 kenduri menanti di semenanjung sana.. Meriah tengok gambar2 yang diupload dalam fb sume.. Moga berbahagia semua pasangan hingga ke Syurga =) Ada kebahagiaan pasti diiringi sebaliknya cuma KESABARAN sahaja yang menjadi pertahanan diri untuk segalanya. Ujian itu ada di mana2, buat menguji kekentalan iman dalam diri selaku hamba Yang Maha Esa. 
k.long
k.ngah
a.chik
Back to main story, dah dapat baby baru ni maka terpinggirlah 3 orang insan yang sudah lama.. tapi xde la dipinggirkan terus, xtergamak si ibu berbuat demikian pada anak2nya.. Selalunya yang sulung n kedua dah ok boleh terima hakikat umi mereka perlu berikan perhatian sepenuhnya kepada si kecil yang belum mampu berdikari.. Keciannya la ai si anak ketiga yang baru pertama kali menerima orang baru yang bakal menjadi saingannya untuk segalanya.. hoho.. Nak dijadikan cerita, mengamuklah si abang chik ni pukul habis umi, marah sebab bagi susu dia kat adik, selalu pegang adik n x bagi die kacau adik.. bukan xnak bagi dik oi.. masalahnya kamu tu kalau dah dapat pegang adik sampai dilenyek2 adiknya macam tempeyek.. hari pertama lagi dah kena penampaq sebijik si adik ni daripada abang chik dia yang gagah perkasa.. kononnya la kan..
Next day, makteh dia pulak kena tendangan n penampaq kuat sampai pening kepala buat seketika.. adoi.. naseb baik la dia kecik, sakit tu sakit jugak la..tapi dengan budak2 takkan nak cari pasai pulak kot. Tak boleh jadi budak nih.. dah naik syeikh habis 1 rumah dia ngamok..teruk la abi dia menjadi mangsa pujukan tiap2 hari sebab dengan umi dia xmo lagi dah.. Sedih o0oo nak terima kenyataan. =_(
MERDEKA!

Kekenyangan @__@

uhh.. ngeliat =.=

Syukur Alhamdulillah, ada suami yang sangat membantu.. mesti dah boleh fahamkan, dah anak ke 4 kot.. klu xpaham jugak memang lah x patot langsung. Memang letih jadi isteri & ibu tapi nak buat macam mana? Di situlah pahala yang perlu dicari sebagai bekalan di sana nanti.. Klu niatkan sumenya untuk ibadat, pasti ketenangan n kemudahan yang Allah nagi (^___^) don’t worry k!
P/S: cari lelaki yang memudahkan kita untuk beribadah & itu adalah KEPASTIAN! Okay fine.
                                                                                         Hari ke 3..

1 comment:

Anonymous said...

tahniah..anak saudara awak ke.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..