BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Monday, October 21, 2013

♥ Be Ware ~Ikhtilat

Astaghfirullahal’azim.. Astaghfirullahal’azim.. Astaghfirullahal’azim..

AllahuAkbar walillahilHamd.


Seperti kebiasaan di malam raya al-Mubarak, h/phone berbunyi menerima SMS drp sahabat handal, saudara mara yang jauh mahupun dekat dan juga kenalan lama yang x pernah dengar khabar berita akhirnya muncul memberi salam mahabbah =)

Dan seperti lazimnya, aku tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan kredit berutusan SMS pengganti kad raya di zaman kanak2 suatu ketika dahulu. Kata2 hikmah menjadi pilihan muqaddimah mesej & diakhiri dengan ucapan Raya Maaf Zahir Batin. Hadith riwayat Ahmad berjudul “Allah Tidak Pernah Jemu Mengampunkan” adalah makanan rohaniku dan penerima pesanan ringkas di malam Aidil Adha tahun ini.

 Tengah rancak menghantar mesej kepada guru2, teman sekolah, sekolej, seU, sepersatuan, seprogram, sekerja & sewaktu dengannya.. tetiba mendapat respond daripada seorang hamba Allah yang sangat dikenali. Dibalasnya cukup ringkas & berpengaruh. “Haram. Mkaseh.” Dia tidak mencarut, dia tidak bergurau & dia tidak kurang ajar tapi dia menyampaikan satu pesanan yang sangat tersirat.

Tersentak pada mulanya namun aku menerima dengan hati terbuka kerana memang benar antara lelaki & wanita tidak dapat lari daripada batasan yang telah digariskan syari’at. Walaupun dia bertaraf adikku & aku mengenalinya seorang yang syadid pada permulaannya tetapi ada juga gurauannya ketika gerak kerja. Respond yang dikhabarkan menyedarkan diri ini.. adakah aku telah lari jauh daripada ikhtilat yang sangat dijaga ketika di bangku sekolah dahulu? AllahuAkbar.. Astaghfirullah..

Stop bermesej & terasa ingin memohon beribu kemaafan kepada para ajnabi yang telah menerima sms raya itu w/pun ianya sekadar sedikit perkongsian namun hakikatnya ia adalah sekecil2 zina sepertimana yang tekah dihighlightkan dalam Al-Quran:



Teringat kata2 Fatimah Syarha yang boleh dikaitkan dengan topik ini.. “Seseorang lelaki yang gemar berutus SMS dengan kita, xmustahil perkara yang sama juga dia lakukan dengan wanita2 lain.. dan begitulah sebaliknya.. "Seseorang wanita yang gemar berutus SMS dengan seorang lelaki, begitu jugalah dia dengan lelaki2 lain.” Wal’iyazubillah..Peringatan buat diri moga tidak tergolong dalam kategori mereka itu. Allahummaghfirli zunubi -.-

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..