Satu
pagi, seekor semut sedang terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai
bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.
Perjalanan
semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan
agak jauh.
Di
satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar
10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu kebuntuan.
Akhirnya,
semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung
tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu
meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan Allah ini!
Akhirnya,
sang semut tiba di sarangnya yang berlubang di bawah penjuru sebuah rumah. Sang
semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu
meskipun berdepan bermacam halangan.
Setibanya
di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu
kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?
Akhirnya,
semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini.
Semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu, dan pulang ke sarangnya
meskipun semut telah mengatasi setiap satu halangan dengan bijaksana,
kekentalan jiwa dan segala tenaga untuk membawa bulu tersebut sehingga tiba di
pintu rumah.
Wahai
anakku,
Sang
semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam
sebelum memulakan usaha membawa bulu pulang ke sarang.
Di
akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban
yang tidak perlu.
Wahai
anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui
apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti
air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau
keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.
Namun,
apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala
yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti
bulu yang ditinggalkan sang semut.
No comments:
Post a Comment