اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
لا إلَهَ إلا اللّه واللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر و لِلّه الحمدَ...
suka sangat tengok mulut baby macam burung n suka cium idung baby.. hehe =)
Alhamdulillah, selamat sudah dilahirkan baby girl ini
di awal Syawal 1434H bersama laungan takbir yang dialunkan menerusi corong
radio di dalam wad bersalin, Hospital Mukah, Sarawak =) Tepat jam 11.27 malam,
terdengar suara tangisan si anak kecil yang telah mengikat janji dengan Rabnya bersetuju
ditaklifkan sebagai seorang khalifah di alam fana yang dijejaki buat
pertama kalinya..
Uminya sakit bermula jam 3 pagi ketika ingin bersahur
buat kali terakhir di penghujung Ramadhan Al-Mubarak.. Selepas solat subuh
katanya akan terus ke hospital untuk bersiap sedia menerima kehadiran insan
tercinta.. tapi mengikut pengalaman lepas, baby akan keluar lambat lagi
walaupun sudah terasa sakit. So, tunggulah sampai Zoho siap sempat masukkan
kuih raya ke dalam balang n merasa setiap jenis kuih yang ada, kek lapis,
kerepek dll.. Then lepas asar start kereta keluar bersama suami pergi beli
barang mentah untuk juadah nasi daging di pagi raya. Balik tu beerkesempatan
mengupas bawang putih bawang merah segala bagai n berbuka puasa jam 6.40 petang,
seusai solat Maghrib baru pergi hospital.. Banyak betul agenda sebelum
kelahiran.. hehe..
Seperti kebiasaan ibu mengandung hanya dibenarkan
keseorangan di wad tahanan bersalin, suami pun x boleh teman.. Maka pulanglah
si suami untuk bersama anak2 di rumah sementara si isteri bertarung nyawa
seorang diri menahan kesakitan untuk mengeluarkan seketul bayi yang comel itu..
disebabkan tidak tahan menanggung keperitan, kakakku memohon keizinan pihak
jururawat untuk membenarkan adiknya ini menemani di sisi. Allah mudahkan urusan
& aku bergegas ke hospital membantu kakak sedikit sebanyak yang mampu.. Ya
Allah, besarnya pengorbanan si ibu.. patut lah Engkau menjatuhkan hukuman si
anak yang berkata “ah” sekalipun kepada ibu bapanya untuk disoal di akhirat
kelak. Na’uzubillahiMinZalik.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekalli-kali janganlah kamu
mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." Al-Israa', ayat 23.
Disebabkan terlalu sakit, terpaksalah nurse
menjalankan tugas mereka. Kalau ikutkan pihak nurse, mereka suruh tunggu sampai
pukul 12 jugak untuk daftarkan baby sebagai anak Aidilfitri supaya dapat
diinterview oleh pihak media keesokan harinya. Ahh.. semua itu duniawi belaka..
huhu, xsanggup la nak tgu ½ jam lagi untuk kemasyhuran itu sedangkan si anak
sudah kelemasan dimasuki air ketuban di dalam hidungnya ketika dilahirkan.
Hakikatnya mengikut bulan Islam memang dah masuk 1 Syawal pon.. Semuanya telah
dicatat sejak Azali.. Kalaulah si ibu mengejar ganjaran duniawi itu jugak,
semestinya baby tersebut darurat kelahirannya. AllahuAkbar!
Tunggu punya tunggu setelah 1 jam selepas itu baru
dapat bertemu kakakku yang lemah longlai tapi masih mampu tersenyum dek
bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang telah diberikan. So, tido wad lah jawabnya di malam raya ~(:
Fobia jugak tengok ibu melahirkan ni.. 2nd experience but this is
the 1st time berhadapan dengan reality. Dapat masuk wad teman kakak cuma
x dapat tengok di saat melahirkan je. Itu pun dengar jugak nurse dok jerit “ok,
tahan, tarik nafas, lepas… tahan lagi.. lepas..” huhu, sod ba ro je lah ai..
Depan hospital. |
1st experience dengan k.jan (roommate di
rumah sewa time blaja dulu..) haha.. yang tu pun pukoi 3 pagi jugak. Lagi best
kena time malam PRK lak tu.. si maknya siap dok gunting2 poster calon2
pilihanraya lagi tu. Tup2 dah beradoi adoi dah. Apa lagi nak dikato.. siap2
sume barang, naik kereta start enjen terus je drive ke Hospital Serdang..
Kecian akak time tu. Dah la x boleh teman, sorang2 ja dalam wad tu. Disebabkan keja
shift pagi time tu, terpaksa lah tinggal k.jan keseorangan. Klu ikutkan hati,
xde mood dah nak pergi keja. Tapi kak suh pi jugak, kalau tungu pun sia2..
tengah keja, tengahari dapat tahu akak dah selamat melahirkan. So, lepas habis
keja je terus rempit balik rumah then tukar ambil kereta drift lak ke Serdang..
huh, memang best lah time tu nak terima anak menakan baru di rumah sewa..
Sampaikan hangit habis kain batik n tilam dibakar tungku panas membara untuk
orang berpantang.. haha.. gheja sapa tu?? Tepukdadatanyaiman @_____@. Tutup kes..
Suatu ketika dahulu pernah berkorban untuk kawan, so
why not la this time berkorban untuk kakak darah daging sendiri pulak kan?
Hurmmm, banyak benda boleh blajar daripada mereka. Allah bagi gembira pasti ada
duka, Allah bagi derita bersama nikmat dan macam2 yang Allah bagi pasti ada
hikmahNya. Hanya Dia Maha pemilik Rahsia Alam. Raya kedua terima masej Hari Raya
daripada best friend sekuliah dulu yang telah selamat diijabkabul selepas
praktikal tahun lepas. Kiranya time konvo die dah bersuami lah.. Sonok betul
dapat datang berkonvo bersama kekasih hati ;-) cewah.. hehe. Katanya: “Selamat
Hari raya jugak.. Maaf Zahir Batin Sumenye.. Aku pregnant weh. Doakan aku kuat..
banyak dugaan jadi isteri & bakal ibu ni..” Allah, sayu baca masej tu.
Memang seronok time nak berwalimatul urus nih. Tahun ni saja bertimbun2
jemputan kawen yang tak dapat dihadiri termasuklah hari ni 7 kenduri menanti di
semenanjung sana.. Meriah tengok gambar2 yang diupload dalam fb sume.. Moga
berbahagia semua pasangan hingga ke Syurga =) Ada kebahagiaan pasti diiringi
sebaliknya cuma KESABARAN sahaja yang menjadi pertahanan diri untuk segalanya.
Ujian itu ada di mana2, buat menguji kekentalan iman dalam diri selaku hamba
Yang Maha Esa.
Back to main story, dah dapat baby baru ni maka
terpinggirlah 3 orang insan yang sudah lama.. tapi xde la dipinggirkan terus,
xtergamak si ibu berbuat demikian pada anak2nya.. Selalunya yang sulung n kedua
dah ok boleh terima hakikat umi mereka perlu berikan perhatian sepenuhnya kepada si
kecil yang belum mampu berdikari.. Keciannya la ai si anak ketiga yang baru
pertama kali menerima orang baru yang bakal menjadi saingannya untuk
segalanya.. hoho.. Nak dijadikan cerita, mengamuklah si abang chik ni pukul habis umi, marah sebab bagi susu dia kat adik, selalu pegang adik n x bagi die
kacau adik.. bukan xnak bagi dik oi.. masalahnya kamu tu kalau dah dapat pegang
adik sampai dilenyek2 adiknya macam tempeyek.. hari pertama lagi dah kena penampaq
sebijik si adik ni daripada abang chik dia yang gagah perkasa.. kononnya la
kan..
k.long |
k.ngah |
a.chik |
Next day, makteh dia pulak kena tendangan n penampaq kuat
sampai pening kepala buat seketika.. adoi.. naseb baik la dia kecik, sakit tu
sakit jugak la..tapi dengan budak2 takkan nak cari pasai pulak kot. Tak boleh
jadi budak nih.. dah naik syeikh habis 1 rumah dia ngamok..teruk la abi dia
menjadi mangsa pujukan tiap2 hari sebab dengan umi dia xmo lagi dah.. Sedih
o0oo nak terima kenyataan. =_(
MERDEKA! |
Kekenyangan @__@ |
uhh.. ngeliat =.= |
Syukur Alhamdulillah, ada suami yang sangat membantu..
mesti dah boleh fahamkan, dah anak ke 4 kot.. klu xpaham jugak memang lah x
patot langsung. Memang letih jadi isteri & ibu tapi nak buat macam mana? Di
situlah pahala yang perlu dicari sebagai bekalan di sana nanti.. Klu niatkan
sumenya untuk ibadat, pasti ketenangan n kemudahan yang Allah nagi (^___^) don’t
worry k!
P/S: cari lelaki yang memudahkan kita untuk beribadah
& itu adalah KEPASTIAN! Okay fine.
Hari ke 3..
1 comment:
tahniah..anak saudara awak ke.
Post a Comment