BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Tuesday, March 20, 2012

♥ Bertemu 2 Insan Berseri-seri


Suatu hari ketika asyik membuat kerja di tempat praktikal, tiba2 pintu ofis diketuk seseorang. Apabila pintu dibuka, muncullah seorang pemuda bertanyakan sesuatu. MasyaAllah, sekali pandang bersihnya wajah hamba Allah ini.. aku bermonolog keseorangan. Setelah pemuda tersebut keluar, kedengaran suara teman-teman lain turut mengatakan statement yang sama. Ya Allah, memang betul la apa yang aku lihat tadi.

Bersyukur sangat andai dikurniakan insan seperti itu untuk bersamaku suatu hari nanti =) Terasa tempias keimanan & kekuatan rohani daripada insan tersebut. Aku juga perlu mendapatkan sinar keimanan itu daripada berhias mendapatkan sinaran daripada bahan2 make-up yang entah diperbuat daripada material yang tidak diketahui.


Hari berikutnya, aku sempat berkenalan dengan seorang teman baik kepada teman aku ini.. Di awal pertemuan, tidak berkelip mataku menatap wajah seorang wanita solehah yang sangat bersih & suci raut wajahnya kurniaan Yang Maha Esa hasil amalan serta ibadatnya yang istiqamah. Aku sangat kagum dengan insan beriman separti mereka.

♥ Dahulukan Belajar Ilmu yang Fardhu Ain


Ingin berkongsi bingkisan Nasihat Ketujuh (m/s 27) dalam buku Ayyuhal Walad  karangan Al Imam Hujjatul Islam & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali.


Maksud nasihat yang difahami ialah:

Wahai Anakku yang Tercinta,

Kenapa kamu berlebih-lebihan dan membuang masa mempelajari masalah yang halus-halus dan perbahasan yang dalam2, sehingga mengakibatkan kamu tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar ilmu yang fardhu Ain?


Sesungguhnya penulis telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s. ada disebutkan:

Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah Ta’ala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali ialah:


“Wahai hambaKu! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota badanmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (hati engkau) walaupun hanya 1 saat”.


Dan setiap hari Allah Ta’ala memandang ke dalam hatimu lalu Ia berfirman: “Kenapa engkau hanya memberikan perhatian selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.

Na’uzubillahiminzalik.. Moga dijaukan diri ini daripada memandang kepada penilaian manusia berbanding penilaian Allah Yang Maha Kuasa. Manusia hanya ingin menjaga hati sesama manusia tanpa mengendahkan apakah Allah suka @ tidak.

♥ Tautan Ukhuwwah Islamiah Kembali Lagi..


 
Alhamdulillah, selamat bertemu teman2 seperjuangan yang sentiasa mendorong semangatku untuk terus bersama dalam membawa Islam ke puncak segalanya =)


Teman yang baik adalah apabila kita melihat wajah2 mereka, maka ia memancarkan sinar untuk kita mengingati yang Maha Esa.


Moga mereka tidak dipisahkan jauh daripada diriku yang masih memerlukan mereka untuk mengatur langkah lebih jauh agar setanding mereka yang lebih terkehadapan di jalan yang benar ini. AMIN.

Monday, March 19, 2012

♥ JOM ke MAJLIS ILMU =)


Dah lama x join majlis ilmu.. asyik dgar online je.. rs kosong sgt jiwa ni. sbb tu kot emosi ni berbolak-balik.. Ya Allah, sesungguhnya Kau masih menyayangi hambaMu yg semakin hari lalai akan suruhanMu. Terima kasih Ya Rab =)

Mulai hari ni, dah mula susun jadual utk mutala'ah di majlis2 ilmu sekitar tempat2 di mana aku berada.. hehe.. tggu transpot smpai esok, dah boleh bwk diri ke mana sahaja jiwa rohaniku ini ingin tuju =) x sabarnya.. Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku & semoga aku tetap istiqamah dlm majlis ilmu =)
  

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..