Ingin berkongsi bingkisan Nasihat
Ketujuh (m/s 27) dalam buku Ayyuhal Walad
karangan Al Imam Hujjatul Islam & Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al
Ghazali.
Maksud nasihat yang difahami ialah:
Wahai Anakku yang
Tercinta,
Kenapa
kamu berlebih-lebihan dan membuang masa mempelajari masalah yang halus-halus
dan perbahasan yang dalam2, sehingga mengakibatkan kamu tidak mempunyai masa
yang cukup untuk belajar ilmu yang fardhu Ain?
Sesungguhnya penulis telah melihat
di dalam Injil Nabi Isa a.s. ada disebutkan:
Mulai
seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi
kuburnya, Allah Ta’ala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali
ialah:
“Wahai hambaKu! Kenapa engkau
sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia
kepadamu (iaitu anggota badanmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat
pandanganKu (hati engkau) walaupun hanya 1 saat”.
Dan setiap hari Allah Ta’ala
memandang ke dalam hatimu lalu Ia berfirman: “Kenapa engkau hanya memberikan
perhatian selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu.
Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.
Na’uzubillahiminzalik.. Moga
dijaukan diri ini daripada memandang kepada penilaian manusia berbanding
penilaian Allah Yang Maha Kuasa. Manusia hanya ingin menjaga hati sesama
manusia tanpa mengendahkan apakah Allah suka @ tidak.
No comments:
Post a Comment