BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Thursday, March 8, 2012

♥ Kuasa Yang Maha Kuasa

Assalamu'alaikum.. Hari ni nak cter tentang Allah Yang Maha Kuasa. Alkisah bermula pada zaman dahulu di mana sepasang suami isteri tengah menjamu selera di ruang makan rumah mereka. Tiba2 datang seorang pengemis mengetuk pintu untuk meminta sedekah. Si isteri yang baik hati meminta izin suaminya terlebih dahulu. Malangnya, suami yang bakhil tidak membenarkan. Maka pergilah si pengemis dalam keadaan sedih..
Hari berikutnya, berlaku salah faham antara pasangan suami isteri ini sehingga si isteri diceraikan suaminya. Beberapa bulan kemudian, si isteri menemui jodoh baru dengan jejaka yang sangat baik hati & pemurah. Maka bahagialah hidup pasangan pengantin baru tersebut.


Suatu hari, peristiwa yang sama berlaku.. Sedang asyik menjamu selera, tiba2 datang seorang pengemis meminta sedekah. Si Suami membenarkan isterinya memberikan apa sahaja yang diingini. Selepas si isteri menghulurkan bantuan pada pengemis tersebut, dia terus ke pangkuan suaminya lalu menangis teresak-esak.. Si suami kehairanan lalu bertanya: kenapa kamu menangis wahai isteriku? adakah tidak cukup akan apa yang diberikan kepada pengemis itu? Si isteri bertanya kembali.. tahukah kamu siapa pengemis yang meminta sedekah tadi? Dia adalah bekas suamiku yang hidup mewah suatu ketika dahulu. Lantas si suami bertanya kembali.. tahukah kamu siapakah suamimu yang sekarang ini? Aku adalah si pengemis yang pernah dihalau olehmu suatu ketika dahulu.. 


Si isteri terkejut lantas beristighfar & bertasbih memuji Yang Maha Kuasa =)

Wednesday, March 7, 2012

♥ Hukum Mengambil Wudhu’ Bagi Wanita Uzur



 Tengah khusyu’ membuat kerja di tempat praktikal, tiba2 timbul 1 persoalan daripada seorang teman tentang hal tersebut. Masing2 ragu2 untuk berikan jawapan. Semuanya sekadar rasa2nya kan…, setakat yang pernah dengar…, dll.


Jadi, saya tanyakan juga soalan ini kepada ustaz Zul. Jawapan yang diberi adalah tidak boleh wanita uzur mengambil wudhuk. Alasannya sebab hokum mengambil wudhuk adalah ke atas orang yang berhadas kecil. Tapi wanita uzur berada dalam keadaan hadas besar. Jadi, jika mengambil wudhuk pun tiada gunanya & berlakulah pembaziran kerana tiada faedah padanya.


Terjawab sudah persoalan yang terbuku selama ini.. Jadi, jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat jalan =) bittaufiq wannajah serta berwudhuklah ketika kamu dibenarkan berwudhuk agar sentiasa dipelihara dalam keadaan yang suci.

♥ Teguran Solat Berjemaah di Surau KL Central

 


Saya pernah ditegur oleh seorang sahabat tentang solat berjemaah di surau KL Central. Katanya, menurut apa yang dipelajari di pondok suatu ketika dahulu, kalau solat berjemaah di masjid, xpe kalau x bukak langsir bagi nampak pergerakan imam tapi kalau di surau xboleh. xdapat tidak memang kene bagi nampak pergerakan imam.


Jadi, untuk kepastian, saya telefon ustaz Zulkifli, Baitul Qura' Melaka (Tok Guru masa mengaji pondok bersama teman2 KISAS suatu ketika dulu). Saya menceritakan situasi tersebut kepada ustaz & penjelasannya adalah seperti berikut:


Jika surau tersebut memang dibina dijadikan surau tempat menunaikan solat 5 waktu, hukum berjemaah sama dengan masjid iaitu cukup sekadar mendengar suara imam. Tapi sekiranya surau tersebut seperti surau di shoping complex (diambil sebuah bilik untuk dijadikan surau), maka hukum berjemaah ada 2 perkara iaitu perlulah mendengar suara imam dan perlu melihat pergerakan imam (buka sedikit langsir @ penghalang).


Maka jawapannya, jemaah saya pada waktu itu xdapat la pahala jemaah tapi solat tetap sah.. Kesimpulannya, jangan ambil remeh bab ibadat.. kena kaji betul2 & secara terperinci. Syukran atas teguran teman saya itu kerana ia telah mendorong saya untuk ambil tahu bab2 ibadah dengan lebih mendalam =)

Tuesday, March 6, 2012

♥ Kembali menulis =)


بسم الله الرحمن الرحيم


Mulai hari ni, dah rasa kosong sangat diri ini kalau x menulis & terus menulis.. banyak benda yang terbuku di hati utk diluahkan, tapi hanya mampu memendam.. so, I'll start continue my writing now n i.Allah it will proceed until the end =) Amin.


Hari ni nak kongsi banyak perkara.. tapi cukup la sekadar yang mampu dikarang petang ni. 


Tertarik dengan topic dakwah dalam rancangan tanyalah ustaz pagi tadi. Best sangat ustaz ni sampaikan kuliah. Ustaz kongsikan pengalamannya pergi berdakwah kepada orang asli suatu ketika dahulu. rupanya, pekampungan orang asli tu, apabila mereka tau je ada orang Islam nak datang berdakwah di situ, mereka akan tukarkan ke lambang salib pada kubu yang menjadi panduan orang ramai. sebaliknya kalau orang non muslim datang, mereka akan letakkan simbol Islam (macam simbol masjid). Sebabnya, mereka nak dapatkan ilmu yang diajarkan dengan bersungguh-sunguh.


Dalam perjalanan ke perkampungan tersebut, jemaah ustaz ni terpaksa berhentikan kereta di 1 tempat untuk teruskan perjalanan yang jauh lebih dalam untuk sampai ke destinasi. Mereka berjalan sampai la di pertengahan hutan, tiba2 seorang teman ustaz menjerit panggilkan ustaz yang jauh di belakang rombongan. Rupa-rupanya mereka disekat oleh gerombolan babi hutan yang sangat bengis & ramai. Teman ustaz minta ustaz bacakan doa halau babi.. Ustaz cakap, mana ada doanya..


Dalam kegelapan malam tu, ustaz pon beranikan diri untuk berhadapan dengan babi hutan tersebut. Ustaz pandang mereka dan ustaz kata "wahai babi2 sekalian, sesungguhnya kamu adalah makluk yang lebih mulia kerana kamu redha diciptakan sebagai makhluk yang najis & huduh. Kamu sangat mulia kerana kamu rela diciptakan sebagai makhluk yang heram dagingnya untuk dimakan & disentuh. Kami datang adalah untuk membawa Islam kepada orang2 asli di sana. Maka, bantulah kami untuk tujuan baik ini. 


Then, dengan izin Allah, mereka faham akan apa yang diperkatakan ustaz tadi lalu mereka undur ke tepi memberi laluan kepada rombongan jemaah ustaz untuk menyebarkan Islam kepada orang asli.

Sepanjang perjalanan ustaz selepas itu, ustaz menangis kerana Allah dengar & makbulkan doa ustaz ketika itu. Sedangkan babi pon boleh dengar nasihat manusia, maka manusia yang tidak mendengar nasihat manusia lebih teruk daripada babi.. na'uzubillah.


Pengajaran kepada semua, dalam dunia dakwah banyak cobaran dan dugaaan yang Allah nak bagi untuk menguji kemampuan hamba2Nya. Sabar & terus bergantung padaNya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sunday, May 1, 2011

♥ MUHASABAH


بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 1 Mei 2011 J maka genaplah usia hamb0 23 tahun sudah.. klu ikut bln Islam, xsmpai lg nih. Tgu 14 ramadhan nanti baru molek utk diraikan. Tapi bkn 23 tahun, 24 la jawabnya krn tahun hijrah lbh 1thn kehadapan dr tahun masihi.

Walau apap0n, bersyukur banyak kehadrat Illahi kerana masih melanjutkan usia & memberi peluang pada hamb0 utk memperbaiki serta memanfaatkan hidup ini menuju jalan yg benar.



Alhamdulillah, Ya R0b… bantulah hambaMu ini dlm keutuhan & ketabahan hati ini beribadat kepadaMu dgn lbh sempurna, khusyk dan istiqamah… Amin Ya R0bbal 3aalamin =)

Nak kata gmbira, x la sangat.. pd hamb0, ulang tahun kelahiran bkn la utk dihargai, dismbut meriah atau dibangga2 dengan wish2 dr 0rg yg mengingati, tapi perlu kepada sesi muhasabah balik, sejauhmana amalan dan sumbangan kita untuk Agama tercinta selaku se0rang Muslimah yg ditaklifkan untuk amar ma3ruf & nahi mungkar di atas muka bumi ini. Takutnya diri ini sekiranya setelah dihitung, timbangan duniawi lebih berat sukatannya daripada timbangan ukhrawi.. Astaghfirullahal3azim…



Mengimbau kembali perjalanan hidup hamb0 dari kecil hingga sekarang, banyak laluan sudah hamb0 lalui. Berhijrah dari dunia kawlan ketatat oleh umi walid – pantauan akhi wa ukhti – alam berdikari – kehidupan perantauan jauh - sampai la ke dunia kebebasan diri yg dihuni sekarang, jauh dari pantauan org terdekat dan terpaksa membawa diri mengikut haluan sendiri. Mula2 terasa sukar untuk melangkah step by step mengikut arus hidup. Namun, walaubagaimana sekalipun, hamb0 mesti berhijrah, mesti, mesti, dan sudah pasti!

Langkah ini sangat dhoif.. mengharapkan bimbingan dan tunjuk arah dari Yang Maha Esa, hamb0 gagahi juga perjalanan ini agar tidak terus berhenti tanpa sumbangan berharga untuk Islam dan menghimpun bekalan duniawi untuk dibawa bersama menikmati kehidupan penuh barakah di hari kelak.

Begitulah hari demi hari berlalu, tidak tahu di mana titik perhentian & pengakhirannya. Hamb0 hanya mampu berd0a agar diakhiri hidup ini dgn kemampuan mengucap kalimah syahadah dan disemadikan dgn tenang atas tertegaknya syari3at di muka bumi ini hasil sumbangan walau setitik peluh dari diri yang hina ini.





WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..