BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Thursday, March 8, 2012

♥ Kuasa Yang Maha Kuasa

Assalamu'alaikum.. Hari ni nak cter tentang Allah Yang Maha Kuasa. Alkisah bermula pada zaman dahulu di mana sepasang suami isteri tengah menjamu selera di ruang makan rumah mereka. Tiba2 datang seorang pengemis mengetuk pintu untuk meminta sedekah. Si isteri yang baik hati meminta izin suaminya terlebih dahulu. Malangnya, suami yang bakhil tidak membenarkan. Maka pergilah si pengemis dalam keadaan sedih..
Hari berikutnya, berlaku salah faham antara pasangan suami isteri ini sehingga si isteri diceraikan suaminya. Beberapa bulan kemudian, si isteri menemui jodoh baru dengan jejaka yang sangat baik hati & pemurah. Maka bahagialah hidup pasangan pengantin baru tersebut.


Suatu hari, peristiwa yang sama berlaku.. Sedang asyik menjamu selera, tiba2 datang seorang pengemis meminta sedekah. Si Suami membenarkan isterinya memberikan apa sahaja yang diingini. Selepas si isteri menghulurkan bantuan pada pengemis tersebut, dia terus ke pangkuan suaminya lalu menangis teresak-esak.. Si suami kehairanan lalu bertanya: kenapa kamu menangis wahai isteriku? adakah tidak cukup akan apa yang diberikan kepada pengemis itu? Si isteri bertanya kembali.. tahukah kamu siapa pengemis yang meminta sedekah tadi? Dia adalah bekas suamiku yang hidup mewah suatu ketika dahulu. Lantas si suami bertanya kembali.. tahukah kamu siapakah suamimu yang sekarang ini? Aku adalah si pengemis yang pernah dihalau olehmu suatu ketika dahulu.. 


Si isteri terkejut lantas beristighfar & bertasbih memuji Yang Maha Kuasa =)

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..