بسم الله الرحمن الرحيم
Mulai hari ni, dah rasa kosong sangat diri ini kalau x menulis & terus menulis.. banyak benda yang terbuku di hati utk diluahkan, tapi hanya mampu memendam.. so, I'll start continue my writing now n i.Allah it will proceed until the end =) Amin.
Hari ni nak kongsi banyak
perkara.. tapi cukup la sekadar yang mampu dikarang petang ni.
Tertarik dengan topic dakwah dalam
rancangan tanyalah ustaz pagi tadi. Best sangat ustaz ni sampaikan kuliah.
Ustaz kongsikan pengalamannya pergi berdakwah kepada orang asli suatu ketika
dahulu. rupanya, pekampungan orang asli tu, apabila mereka tau je ada orang
Islam nak datang berdakwah di situ, mereka akan tukarkan ke lambang salib pada
kubu yang menjadi panduan orang ramai. sebaliknya kalau orang non muslim
datang, mereka akan letakkan simbol Islam (macam simbol masjid). Sebabnya,
mereka nak dapatkan ilmu yang diajarkan dengan bersungguh-sunguh.
Dalam perjalanan ke perkampungan
tersebut, jemaah ustaz ni terpaksa berhentikan kereta di 1 tempat untuk
teruskan perjalanan yang jauh lebih dalam untuk sampai ke destinasi. Mereka
berjalan sampai la di pertengahan hutan, tiba2 seorang teman ustaz menjerit
panggilkan ustaz yang jauh di belakang rombongan. Rupa-rupanya mereka disekat
oleh gerombolan babi hutan yang sangat bengis & ramai. Teman ustaz minta
ustaz bacakan doa halau babi.. Ustaz cakap, mana ada doanya..
Dalam kegelapan malam tu, ustaz
pon beranikan diri untuk berhadapan dengan babi hutan tersebut. Ustaz pandang
mereka dan ustaz kata "wahai babi2 sekalian, sesungguhnya kamu adalah
makluk yang lebih mulia kerana kamu redha diciptakan sebagai makhluk yang najis
& huduh. Kamu sangat mulia kerana kamu rela diciptakan sebagai makhluk yang
heram dagingnya untuk dimakan & disentuh. Kami datang adalah untuk membawa
Islam kepada orang2 asli di sana. Maka, bantulah kami untuk tujuan baik ini.
Then, dengan izin Allah, mereka
faham akan apa yang diperkatakan ustaz tadi lalu mereka undur ke tepi memberi
laluan kepada rombongan jemaah ustaz untuk menyebarkan Islam kepada orang asli.
Pengajaran kepada semua, dalam
dunia dakwah banyak cobaran dan dugaaan yang Allah nak bagi untuk menguji
kemampuan hamba2Nya. Sabar & terus bergantung padaNya dalam apa jua keadaan
sekalipun.
No comments:
Post a Comment