BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Wednesday, March 7, 2012

♥ Teguran Solat Berjemaah di Surau KL Central

 


Saya pernah ditegur oleh seorang sahabat tentang solat berjemaah di surau KL Central. Katanya, menurut apa yang dipelajari di pondok suatu ketika dahulu, kalau solat berjemaah di masjid, xpe kalau x bukak langsir bagi nampak pergerakan imam tapi kalau di surau xboleh. xdapat tidak memang kene bagi nampak pergerakan imam.


Jadi, untuk kepastian, saya telefon ustaz Zulkifli, Baitul Qura' Melaka (Tok Guru masa mengaji pondok bersama teman2 KISAS suatu ketika dulu). Saya menceritakan situasi tersebut kepada ustaz & penjelasannya adalah seperti berikut:


Jika surau tersebut memang dibina dijadikan surau tempat menunaikan solat 5 waktu, hukum berjemaah sama dengan masjid iaitu cukup sekadar mendengar suara imam. Tapi sekiranya surau tersebut seperti surau di shoping complex (diambil sebuah bilik untuk dijadikan surau), maka hukum berjemaah ada 2 perkara iaitu perlulah mendengar suara imam dan perlu melihat pergerakan imam (buka sedikit langsir @ penghalang).


Maka jawapannya, jemaah saya pada waktu itu xdapat la pahala jemaah tapi solat tetap sah.. Kesimpulannya, jangan ambil remeh bab ibadat.. kena kaji betul2 & secara terperinci. Syukran atas teguran teman saya itu kerana ia telah mendorong saya untuk ambil tahu bab2 ibadah dengan lebih mendalam =)

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..