BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Thursday, March 29, 2012

♥ Pengalaman Berharga =)


LAGU TEMA

Ingat lagi masa di sekolah menengah dulu.. 1st time berdebat di kem kepimpinan SMKAK bersama teman-teman pengawas sesi 2004/2005. Hehe.. berdebat secara tak langsung. Time tu kami dibahgikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan mewakili pihak tertentu. Tajuknya klu x silap la kan: masalah couple siapa yang bertanggungjawab. Kumpulan 1: ibu bapa, kumpulan 2: kerajaan, kumpulan 3: masyarakat, kumpulan 4 (my group): individu.

Suka sangat tajuk masalah sosial ni.. tapi ketika itu perasaan malu untuk berkata-kata masih menguasai diri ini =( mula-mula biar je orang lain berbalah, nak join takut sebab suara tak kuat 1 n apabila terpaksa meninggikan suara automatik suara jadi berketar-ketar. So, tindakannya diam n terus mendiamkan diri.. tiba2, seseorang daripada group lain mengeluarkan hujah dengan menggunakan  istilah couple islamik. Dengan tidak disengajakan, jiwaku memberontak untuk bangun bersuara jugak.

Maka berdirilah seorang yang kononnya malu tadi ingin melontarkan hujahnya. Percakapan dimulakan. Pada awalnya, suara tidak kedengaran kerana dewan agak luas + suara orang sekeliling yang semangat berbalah. Then, cikgu Azit (guru kaunseling) meredakan keadaan dengan mengeluarkan arahan supaya semua diam & memberi laluan kepadaku untuk mengemukakan hujah. Wah, special rasanya apabila diraikan sebegitu rupa =)


Hee, tapi kan, ketika semua diam, aku rasa macam nak duduk balik je, tak nak cakap apa-apa. Tapi malu la kan, tak kan nak buat gitu pulak.. so, untuk mempertahankan kumpulan sendiri yang teruk dihentam tadi, maka aku membangkang istilah couple islamik tersebut. Aku mengambil point daripada kakak fasi ketika liqo’ perbincangan bersama teman2 makzurah selepas maghrib
 
                  berAni beRkatA bEnaR
 Katanya: dalam Islam tiada istilah couple islamik kerana perbuatan bercouple itu sahaja telah mendorong kepada pelbagai masalah hati. Jadinya, jika dikatakan couple islamik ini lebih terjaga, sejauhmana ia dijamin boleh terjaga? Selagimana ia tidak diikatkan dengan 1 ikatan yang sah di sisi Islam, maka selagi itulah perkara2 kecil yang mendorong kepada kemaksiatan masih berleluasa dicucuk syaitan laknatullah. Na’uzubillah.. Contohnya, jika seekor anak kambing dilahirkan hasil daripada hubungan ibunya dengan anjing jantan, maka hukumnya tetap haram ke atas anak kambing tersebut. Macam tu lah kiasan terhadap istilah couple islamik tadi. Wallahu’alam..

kadang2 banyak cakap pon memudharatkan diri
 Lepas mengemukakan hujah tersebut, maka timbullah perbalahan yang lebih dahsyat tapi sangat menyeronokkan. Aku semakin berani untuk berkata-kata bagi mempertahankan pendapat sendiri. Galakan & sokongan daripada ahli kumpulan turut mendorong aku untuk bangun & terus bangun untuk menindas pihak lawan. Memang best la kenangan ni.. sejak itu, aku sudah tahu betapa pentingnya mencari idea + memberanikan diri dlm setiap aspek jika ingin menjadi seorang pemimpin. Pemimpin perlu ada keperibadian tersendiri yang mampu mempertahankan dirinya serta tidak goyah di mata rakyat yang dipimpinnya.

Tuesday, March 20, 2012

♥ Bertemu 2 Insan Berseri-seri


Suatu hari ketika asyik membuat kerja di tempat praktikal, tiba2 pintu ofis diketuk seseorang. Apabila pintu dibuka, muncullah seorang pemuda bertanyakan sesuatu. MasyaAllah, sekali pandang bersihnya wajah hamba Allah ini.. aku bermonolog keseorangan. Setelah pemuda tersebut keluar, kedengaran suara teman-teman lain turut mengatakan statement yang sama. Ya Allah, memang betul la apa yang aku lihat tadi.

Bersyukur sangat andai dikurniakan insan seperti itu untuk bersamaku suatu hari nanti =) Terasa tempias keimanan & kekuatan rohani daripada insan tersebut. Aku juga perlu mendapatkan sinar keimanan itu daripada berhias mendapatkan sinaran daripada bahan2 make-up yang entah diperbuat daripada material yang tidak diketahui.


Hari berikutnya, aku sempat berkenalan dengan seorang teman baik kepada teman aku ini.. Di awal pertemuan, tidak berkelip mataku menatap wajah seorang wanita solehah yang sangat bersih & suci raut wajahnya kurniaan Yang Maha Esa hasil amalan serta ibadatnya yang istiqamah. Aku sangat kagum dengan insan beriman separti mereka.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..