LAGU TEMA
Ingat lagi masa di
sekolah menengah dulu.. 1st time
berdebat di kem kepimpinan SMKAK bersama teman-teman pengawas sesi 2004/2005.
Hehe.. berdebat secara tak langsung. Time tu kami dibahgikan kepada 4 kumpulan
di mana setiap kumpulan mewakili pihak tertentu. Tajuknya klu x silap la kan:
masalah couple siapa yang bertanggungjawab. Kumpulan 1: ibu bapa, kumpulan 2:
kerajaan, kumpulan 3: masyarakat, kumpulan 4 (my group): individu.
Suka sangat tajuk
masalah sosial ni.. tapi ketika itu perasaan malu untuk berkata-kata masih
menguasai diri ini =( mula-mula biar je orang lain berbalah, nak join takut
sebab suara tak kuat 1 n apabila terpaksa meninggikan suara automatik suara
jadi berketar-ketar. So, tindakannya diam n terus mendiamkan diri.. tiba2,
seseorang daripada group lain mengeluarkan hujah dengan menggunakan istilah couple islamik. Dengan tidak
disengajakan, jiwaku memberontak untuk bangun bersuara jugak.
Maka berdirilah
seorang yang kononnya malu tadi ingin melontarkan hujahnya. Percakapan
dimulakan. Pada awalnya, suara tidak kedengaran kerana dewan agak luas + suara
orang sekeliling yang semangat berbalah. Then, cikgu Azit (guru kaunseling)
meredakan keadaan dengan mengeluarkan arahan supaya semua diam & memberi
laluan kepadaku untuk mengemukakan hujah. Wah, special rasanya apabila diraikan
sebegitu rupa =)
Hee, tapi kan, ketika
semua diam, aku rasa macam nak duduk balik je, tak nak cakap apa-apa. Tapi malu
la kan, tak kan nak buat gitu pulak.. so, untuk mempertahankan kumpulan sendiri
yang teruk dihentam tadi, maka aku membangkang istilah couple islamik tersebut.
Aku mengambil point daripada kakak fasi ketika liqo’ perbincangan bersama
teman2 makzurah selepas maghrib
berAni beRkatA bEnaR
Katanya: dalam Islam
tiada istilah couple islamik kerana perbuatan bercouple itu sahaja telah
mendorong kepada pelbagai masalah hati. Jadinya, jika dikatakan couple islamik
ini lebih terjaga, sejauhmana ia dijamin boleh terjaga? Selagimana ia tidak
diikatkan dengan 1 ikatan yang sah di sisi Islam, maka selagi itulah perkara2
kecil yang mendorong kepada kemaksiatan masih berleluasa dicucuk syaitan
laknatullah. Na’uzubillah.. Contohnya, jika seekor anak kambing dilahirkan
hasil daripada hubungan ibunya dengan anjing jantan, maka hukumnya tetap haram ke
atas anak kambing tersebut. Macam tu lah kiasan terhadap istilah couple islamik
tadi. Wallahu’alam..
kadang2 banyak cakap
pon memudharatkan diri
Lepas mengemukakan
hujah tersebut, maka timbullah perbalahan yang lebih dahsyat tapi sangat
menyeronokkan. Aku semakin berani untuk berkata-kata bagi mempertahankan
pendapat sendiri. Galakan & sokongan daripada ahli kumpulan turut mendorong
aku untuk bangun & terus bangun untuk menindas pihak lawan.
Memang best la kenangan ni.. sejak itu, aku sudah tahu betapa pentingnya
mencari idea + memberanikan diri dlm setiap aspek jika ingin menjadi seorang
pemimpin. Pemimpin perlu ada keperibadian tersendiri yang mampu mempertahankan
dirinya serta tidak goyah di mata rakyat yang dipimpinnya.
No comments:
Post a Comment