Sempat
berkongsi cerita with my brother during dinner at home.. Tengah khusyuk menjamu
selera hasil air tangan mak yang sedap ni tetiba aku menceritakan tentang
seorang insan yang dikenali dengan sikap low profile nya sedangkan si hamba
Allah itu adalah seorang yang sangat kaya raya & memiliki kediaman mewah
serta tanah yang berekar2 luasnya. Walaupun rezekinya melimpah-ruah, tiada
siapa pun menjangkakan hakikat kehidupannya yang senang-lenang itu disebabkan
sikapnya yang sangat humble serta suka meraikan orang ramai.
Then,
my brother continued with his opinion. Katanya, “kaya mana pun orang kita
sekarang, kaya lagi umat2 di zaman nabi dahulu. Mereka kaya-raya tapi sedikit
harta pun x dibiarkan berada pada diri sendiri. Semuanya diinfakkan kpd Islam
sehingga sanggup berlapar & mengikat perut demi kepentingan saudara Islam
yang jauh lebih susah.” Orang kita sekarang saki-baki harta sahaja yang
disedekahkan kepada orang lain, yang asalnya banyak digunakan untuk kepuasan
peribadi. Na’uzubillah..

Sambungnya
lagi, di tempat kerjanya ada seorang ni dia hidup hanya berbekalkan RM500
sebulan untuk menyara diri sendiri, isteri & ibu yang sedang sakit lumpuh.
Asalnya dia bekerja di KL dengan pendapatan yang agak stabil dalam lingkungan
RM1,7++. Time tu dia belum kahwin & meberikan tanggungjawab penjagaan
ibunya kepada abang & adiknya. Setiap bulan dia kirimkan ¾ daripada gajinya
untuk pembiayaan family.
Setelah
beberapa bulan bekerja, dia pulang ke rumah untuk menziarahi ibunya. Malangnya,
ibu tidak dijaga dengan sempurna, mandi pun sekali sekala apatah lagi
pengurusan lainnya.. duit yang dikirim selama ini entah ke mana dibelanjakan
adik abangnya.
Kemudian,
dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja & menjaga ibu di kampung. Hal kewangan
disuruh adik abangnya mencari &
membiaya keluarga.. Tapi, pengakuan hanya dibibir tanpa ada pelaksanaan.
Jadinya, terpaksalah dia mencari kerja yang paling dekat dengan rumah sambil
menjalankan tanggungjawab menyara ibu yang uzur itu. Jodoh sampai awal, maka ringanlah
sedikit tugasnya kerana mendapat bantuan si isteri yang boleh menguruskan
urusan rumah sedikit sebanyak ketika dia keluar mencari rezeki.

Setiap
hari dia pergi kerja & tengahari berulang-alik memandikan ibu disebabkan
isteri tidak mampu memapah & isteri juga tengah mengandung anak pertama
mereka. Ya Allah hebatnya ujian terhadap hambaMu itu.. Katanya, “sesusah2 aku
ni dapat juga makan setiap hari.. susah lagi family isteri aku di kampung.
Sampai 1 tahap adiknya selalu telefon tanyakan kakaknya bila nak balik rumah,
kami lapar??” =’( dulu masa di KL pun walaupun gaji banyak, dia hanya makan nasi
kosong, telur goreng & sup air sahaja setiap hari. Itu pun dah cukup, asal
dapat isi perut ini..
Rumah
yang dihuni sekarang milik saudaranya yang dulu hanya bagi percuma sahaja untuk
mereka menumpang teduh. Sekarang sudah dikenakan bayaran sebulan RM100 maka
baki gaji hanya RM400 untuk hidup sebulan. Ada saudara-mara kaya-raya pun, x
boleh nak tumpang. Yang miskin pulak baik hati nak tolong tapi xdak apa yang mampu
dihulurkan lagi. Selagi ada kudrat yang dipinjamkan ini, dia x akan berputus
asa untuk terus hidup!
Terhenti
mengunyah makanan ketika itu, menghayati cerita realiti kehidupan seorang insan
susah di muka bumi ini sedangkan hidup ini terlebih mewah dinikmati tapi
dirasakan masih tidak mencukupi. ALLAH!