BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Friday, February 22, 2013

♥ Ada Yang Lebih Susah..


Sempat berkongsi cerita with my brother during dinner at home.. Tengah khusyuk menjamu selera hasil air tangan mak yang sedap ni tetiba aku menceritakan tentang seorang insan yang dikenali dengan sikap low profile nya sedangkan si hamba Allah itu adalah seorang yang sangat kaya raya & memiliki kediaman mewah serta tanah yang berekar2 luasnya. Walaupun rezekinya melimpah-ruah, tiada siapa pun menjangkakan hakikat kehidupannya yang senang-lenang itu disebabkan sikapnya yang sangat humble serta suka meraikan orang ramai.

Then, my brother continued with his opinion. Katanya, “kaya mana pun orang kita sekarang, kaya lagi umat2 di zaman nabi dahulu. Mereka kaya-raya tapi sedikit harta pun x dibiarkan berada pada diri sendiri. Semuanya diinfakkan kpd Islam sehingga sanggup berlapar & mengikat perut demi kepentingan saudara Islam yang jauh lebih susah.” Orang kita sekarang saki-baki harta sahaja yang disedekahkan kepada orang lain, yang asalnya banyak digunakan untuk kepuasan peribadi. Na’uzubillah..
Sambungnya lagi, di tempat kerjanya ada seorang ni dia hidup hanya berbekalkan RM500 sebulan untuk menyara diri sendiri, isteri & ibu yang sedang sakit lumpuh. Asalnya dia bekerja di KL dengan pendapatan yang agak stabil dalam lingkungan RM1,7++. Time tu dia belum kahwin & meberikan tanggungjawab penjagaan ibunya kepada abang & adiknya. Setiap bulan dia kirimkan ¾ daripada gajinya untuk pembiayaan  family.

Setelah beberapa bulan bekerja, dia pulang ke rumah untuk menziarahi ibunya. Malangnya, ibu tidak dijaga dengan sempurna, mandi pun sekali sekala apatah lagi pengurusan lainnya.. duit yang dikirim selama ini entah ke mana dibelanjakan adik abangnya.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja & menjaga ibu di kampung. Hal kewangan disuruh adik abangnya mencari  & membiaya keluarga.. Tapi, pengakuan hanya dibibir tanpa ada pelaksanaan. Jadinya, terpaksalah dia mencari kerja yang paling dekat dengan rumah sambil menjalankan tanggungjawab menyara ibu yang uzur itu. Jodoh sampai awal, maka ringanlah sedikit tugasnya kerana mendapat bantuan si isteri yang boleh menguruskan urusan rumah sedikit sebanyak ketika dia keluar mencari rezeki.
Setiap hari dia pergi kerja & tengahari berulang-alik memandikan ibu disebabkan isteri tidak mampu memapah & isteri juga tengah mengandung anak pertama mereka. Ya Allah hebatnya ujian terhadap hambaMu itu.. Katanya, “sesusah2 aku ni dapat juga makan setiap hari.. susah lagi family isteri aku di kampung. Sampai 1 tahap adiknya selalu telefon tanyakan kakaknya bila nak balik rumah, kami lapar??” =’( dulu masa di KL pun walaupun gaji banyak, dia hanya makan nasi kosong, telur goreng & sup air sahaja setiap hari. Itu pun dah cukup, asal dapat isi perut ini..

Rumah yang dihuni sekarang milik saudaranya yang dulu hanya bagi percuma sahaja untuk mereka menumpang teduh. Sekarang sudah dikenakan bayaran sebulan RM100 maka baki gaji hanya RM400 untuk hidup sebulan. Ada saudara-mara kaya-raya pun, x boleh nak tumpang. Yang miskin pulak baik hati nak tolong tapi xdak apa yang mampu dihulurkan lagi. Selagi ada kudrat yang dipinjamkan ini, dia x akan berputus asa untuk terus hidup!
Terhenti mengunyah makanan ketika itu, menghayati cerita realiti kehidupan seorang insan susah di muka bumi ini sedangkan hidup ini terlebih mewah dinikmati tapi dirasakan masih tidak mencukupi. ALLAH!

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..