BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Wednesday, February 6, 2013

♥ Kasut oooohh kasut..!


Baru ja semalam terlintas nak beli kasut baru buat spare tetiba kasut ni merajok la pulak aii. Sensetif betul la. Tapi xmacam tuan dia kan?? Haha..

Itulah kepentingan niat sebenarnya. Kalau kita dah betul2 pasang niat, pasti termakbul. Ingat lagi masa tingkatan 6 dulu.. Ustaz Najib namanya. Ustaz ni mengajar ilmu tauhid & mantik. Setiap perkara mesti akan direlatekan dengan Yang Maha Pencipta. Yang bestnya kelas ustaz ni, banyak betul tazkirah yang dikongsi sepanjang kelasnya =) Like !

Ustaz pernah bagitahu bahawa setiap makhluk ni ada roh. Walaupun dorang x bernyawa, tapi tetap perlu dibelai, dijaga rapi macam manusia yang ada perasaan. Contohnya, kalau kita ada laptop kena selalu cuci & usap dia sambil ucap terima kasih sebab dah banyak berkhidmat untuk tuannya.

Macam air or apa2 makanan di hadapan kita pun sama.. Kita kena selalu cakap benda2 yang positif pada makhluk2 ni supaya ia akan sentiasa jadi positif. Sebab tu lah apa2 pun kena dimulakan dengan menyebut kalimah Allah seperti BismillahirRahmanirRahim..

Ustaz ada tunjuk 1 kajian scientist terhadap molekul air putih yang selalu diminum hari2. Ditunjukkan gambar molekul air yang dibaca bismillah sebelum diminum, Masya-Allah putih jernih & bersih air itu seperti air zam2.. Tapi apabila air itu diucapkan kata2 negatif padanya seperti dimaki hamun atau dikatakan “xsedap la air ni”, secara automatik ia bertukar warna menjadi air karat yang kotor macam najis tapi kita x nampak.  So, itulah punca sakit perut kita setiap kali selepas makan =’(
Pengajarannya: berhati2lah terhadap apa yang kita ucapkan setiap hari. Mungkin kita xsedar bahawa kata2 ni akan memberi kesan kepada makhluk2 di sekeliling kita. Ingat, bukan manusia sahaja yang hidup di muka bumi ni… kita ada ramai penghuni alam di sini (@___@)~

Maklumat lanjut tentang kajian molekul air ini boleh dirujuk di sini:
http://mohdamira35.blogspot.com/2012/02/kajian-prof-jepun-mengenai-unsur-air_05.html

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..