BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Wednesday, February 13, 2013

♥ Pintu Taubat!


Today is my younger brother’s birthday. Alhamdulillah, cukup sudah umur dia 23 tahun & bsyukur sangat ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan serta peluang kepadanya agar kembali ke pangkal jalan =)

Hebat betul hidayah Allah kepada hambanya. Apabila tengok apa yang adik lalui selama ini jadi x hairan lagi melihat artis2 yang telah berhijrah sekarang.. Sejuk hati melihat penghijrahan mereka terutama dalam rancangan zikir dikir TV alHijrah. Perubhan yang sangat ketara tapi istiqamah i.Allah.
Dulu2 sedih sangat melihat kehidupan jahiliah adik sendiri. Terlalu dhoif rasanya hidupnya itu. Puas sudah kami 1 family ikhtiar untuk sedarkan dia. Mak abah lagi la.. hari2 doa, solat malam, jumpa ustaz2 buat ayaq doa & macam2 lagi. Memang sangat teruji dengan seorang anak yang tidak menjadi ini. Selalu kan orang kata dalam setandan pisang x semuanya elok, mesti ada paling kurang pun 1 yang rosak. Huhu.. itu ujian kesabaran & keimanan namanya (^___^)~
Kalau dikira-kira dalam 7 tahun jugak Allah menguji. Skejap je kan? Rasulullah dulu lagi lama.. bertahun2  masa diambil untuk menyebarkan Islam dengan dugaan yang lagi perit ke atas pengikut2nya sehingga ada yang direjam, disula, digigit anjing, diseret di jalanan, dibunuh dll. LaHaulaWalaQuwwataillaBillah..

Penghijrahan adik pun bukan sebab kami, tapi pastinya semua kerana hidayah Allah yang diturunkan kepadanya. Ya Allah, bukakanlah pintu hidayah seluasnya kepada kami, jangan Engkau hijabkannya daripada hidup ini.. Amin. Dengan penghijrahannya ke Sarawak selama 2 bulan di rumah kakak di sana, akhirnya dia sedar akan hidupnya yang telah disia-siakan selama ini. Apabila ditanya tentang macamana dia boleh terasa untuk berhijrah, sampai sekarang tidak diceritakan. Hanya mampu tersenyum tanpa sepatah kata =) Yang pastinya sekarang dia sudah jadi yang terbaik untuk diri sendiri, masyarakat & agama.

Sungguh, kita tidak mampu mengubah seseorang melainkan dirinya sendiri yang ingin mengubahnya & diiringi dengan bantuan Yang Maha Esa. Dulu hidupnya dicaci dikeji warga kampung, kini dia dicari & diikuti.. AllahuAkram, istiqamahkanlah dia & kami dalam keimanan & ketaatan kepada-MU.

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..