BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Friday, February 8, 2013

♥ Balasan Dunia.


BismillahirRahmaaNirRahim..
2 3 hari lepas terjatuh bukit kecil sampai kasut putus, kaki terseliuh, tangan sakit & lutut lebam.. Astaghfirullahal’azim, Allah bayaq cash la la tu jugak atas dosa mengumpat orang sebelum tu. Ya Rab, hebatnya balasan yang Engkau bagi. Walaupun tergelincir sikit cuma, tapi kesakitan yang dirasai tersangatlah perit. Nak buat ibadat pun susah..
Al-kisahnya, baru sahaja lepas berborak tentang seseorang dengan seseorang ni.. Niat asalnya hanya sekadar ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Mungkin tanpa disedari, daripada perbincangan kami itu pasti ada terselit beberapa umpatan terhadap individu tersebut. Kalau x, xdak la ditimpa ujian bukit kecil itu =) hehe.. Selalu ja lalu n pijak bukit tu tapi ok ja. Tetiba hari tu licin n terjadilah apa yang telah terjadi :’( So, after this must be careful with your words okay!

Hari ni pulak, ujian kedua untuk bulan 2 ni.. Tengah khusyuk mendengar ceramah Imam Muda Nazrul sempena Sambutan MaulidurRasul di bumi MARSAH ni, tetiba ditembak oleh peluru tahi burung yang menempel di atas tudung bahu kiri n 1 lagi di lengan baju kanan :’( waaaaaaa.. apalah nasib si Azali pada tahun baru ini??

Time tu terasa bahawa hinanya aku Ya Allah.. Mulia lagi tahi burung ni daripada diriku yang sering bergelumang dengan dosa di atas muka bumi tiruan & x kekal lama ini. اللّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي… Ya Rahman, Ya Rahim.. Biarlah aku menimpa balasan di dunia ini agar tidak dibalas di akhirat nanti. Amin.

No comments:

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..