BiSmiLLaHirRaHmAnirRaHiM...

Friday, February 8, 2013

♥ Muhammad s.a.w. =)


"Tidak ada pintu untuk mendapat Kecintaan dari ALLAH سبحانه وتعالى
kecuali melalui pintunya RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kerana itu agar mendapatkan CintaNYA ALLAH سبحانه وتعالى,
dengan cara mencintai orang yang DicintaiNYA,
yaitu RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم."
- Tazkirah al-Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد...   صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد...   صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد.
Alhamdulillah, walaupun sudah 2 minggu berlalu ulang tahun nabi kita Muhammad s.a.w. namun sentiasa terasa seperti baginda s.a.w. berada di sisi setiap masa bersama umat2nya =) Sehingga saat ini masih ada lagi persatuan2 mahupun institusi2 yang mengadakan Majlis Sambutan MaulidurRasul & tidak ketinggalan juga bagi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) untuk menghidupkan suasana keCINTAan serta keRINDUan terhadap junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. AllahuAkbar!

Sayu + gembira hati ini apabila mendengar sejarah hidup umat terdahulu bersama Rasulullah s.a.w. yang telah dikupas santai oleh Imam Muda Nazrul pagi tadi di dataran terbuka MARSAH. Firstly, nak puji sikit tentang cara penyampaian Imam yang sangat terkesan & menyentuh kalbu para penonton sebentar tadi. Subhanallah, ‘azim! Bakat manusia ni lain2 kan? Allah ciptakan manusia pelbagai fe’el agar terserlah kepelbagaian diantara kita untuk saling mempelajari antara satu sama lain. I've got something from his skill in public speaking (@___@)~ الحمد لله.

Antara pengisian sedikit sebanyak yang sempat dicatat untuk dikongsi bersama di blog ini adalah seperti berikut;-

   1.    Nak pupuk diri agar sentiasa mengingati kekasih Allah s.a.w. cukup dengan 3 cara:
-     Selawat (اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد).
-     Koleksi kitab hadis2 nabi serta membacanya.
-     Beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah.
·   Abu Amrah Sufyan bin Abdullah r.a berkata: Ya Rasulullah, bgtahulah aku 1 perkara tentang Islam yang x perlu lagi aku bertanya kepada orang lain melainkan kamu. Maka jawab baginda s.a.w
قُل: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ اسْتَقِم      
(katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah).
·        nak beriman x susah tapi nak istiqamah tu yang susah.. Allahu Rabbuna.

   2. Jangan takut bertemu akhirat & Jangan sedih tinggalkan dunia kerana kamu akan bergembira dengan Syurga Allah di sana nanti (^________________^)~.
   3.  Nabi s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, walaupun umur umatku pendek sekitar 60-70 tahun sahaja, biarlah amalannya menyamai umur umat2 terdahulu (beratus-ratus & beribu-ribu tahun lamanya).

   4.   Di saat nabi s.a.w. ingin bertemu ajalnya, nabi sempat berdoa agar Allah ampunkan dosa Aisyah dulu, kini & selamanya.. Aisyah dengar & dia tersenyum lebar tanda gembira. Lalu nabi s.a.w. bertanya: “Kenapa kamu gembira wahai Aisyah?” Aisyah pun menjawab: “kerana aku senang hati mendengar doamu itu ya habiballah s.a.w.” Lantas nabi pun berkata: “Begitulah doaku kepada umat2ku.” (6____9)~

  5. Nabi s.a.w. juga pernah meminta kepada Allah.. “Ya Rab, biarlah aku seorang sahaja yang menanggung sakit sakarat ini & ringankanlah ia bagi umatku..” ALLAH!

   6. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Bilal x mampu lagi untuk melaungkan azan kepada orang ramai kerana dia x mampu mungucap kalimat أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدَ الرَّسُولُ الله. Setelah 1 hari dia bermimpi bertemu rasulullah s.a.w. lalu dia menziarahi makam baginda s.a.w. ketika itu cucu nabi Hassan memujuk agar bilal kembali melaungkan azan, barulah dia bersetuju untuk menyambung kembali tugasnya itu kerana dia bimbang sekiranya dipersoalkan nabi di akhirat nanti ;’( Ketika bilal mengalunkan azan, semua penduduk merasakan seolah-olah rasulullah s.a.w. hidup semula & mereka bergegas ke masjid untuk berjemaah bersama-sama kekasih terCINTA. Tapi hibanya mereka kerana rasulullah s.a.w. sudah tiada lagi & baginda lebih disayangi Allah s.w.t.

    7.    المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَب
Seseorang akan bersama orang yang ia cintai. Tapi syaratnya kenalah sayang Lillahita’Ala.. macamana??
1-    Sayang kepada orang yang Allah sayang (Rasulullah s.a.w.).
2-   Sayang seseorang sebab dia buat apa yang Allah sayang.
3-   Sayang seseorang sebab kita x nak dia buat dosa & kita x akan buat dosa bersamanya..
·        The conclusion: pandai2lah mengamalkan SAYANG itu dengan cara yang BENAR!

    8.   Last but not least, anak2 sekarang mengaji pun x reti lagi sibuk nak menyanyi.
-     Lagu Jamal Abdillah.. Kau kekasih awal & akhir, Kau kekasih batin & zahir..
-     Kekasih kita Yang Abadi Allah s.w.t.. boleh rujuk surah al-Hadid ayat 3.
9.   Imam mengakhiri dengan lagu.. 
Sudah cukup cukup sudah........ Cukup sampai di sini saja....
Daripada hati gelisah lebih baik ku taubat saja.........
Sudah cukup cukup sudah........ Cukup sampai di sini saja....
Daripada batin tersiksa lebih baik ku mati saja.........

1 comment:

AzaLi sejak AzaLi said...

Moga Syafa'atnya mengiringi di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal'alamin.

WasSalam @_____@~ Fi Ri'ayatiLLah..