1.Apabila
mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.
2.Bacalah
al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan
amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.
3.Berusahalah
untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah
bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong
tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah
banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.
6.Janganlah
banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah
bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati
orang.
8.Jauhilah
daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah
dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah
berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan
kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment